Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kecekapan Kos Kekal Amalan...

KUALA LUMPUR - Kecekapan kos akan kekal menjadi amalan standard bagi syarikat minyak...

2 Suspek Kes Dera...

SUNGAI PETANI - Seorang ibu dan teman lelakinya yang merupakan suspek utama kes...

Bom: Rakyat Malaysia Dinasihat...

KEPALA BATAS - Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Jakarta, Indonesia dinasihatkan...

Mangsa Amukan Suami Di...

HULU TERENGGANU - Mangsa amukan suami sendiri kini dilaporkan stabil dan masih menerima...

Robot Ini Asyik Menang Lawan ‘Gunting-Kertas-Batu’

TOKYO – Makmal Ishikawa Watanabe membuktikan bahawa teknologi robotik berkembang sangat pesat hingga mampu ada robot suit atau permainan adu jari (gunting-kertas-batu) yang tidak mungkin kalah lawan manusia.

Secara umum, sebagaimana dipetik portal ICT terkenal BGR, baru-baru ini, robot tangan buatan makmal Jepun yang bergabung dengan Universiti Tokyo ini menggunakan kamera dan teknologi pengesan gerakan ultra pantas.

Dengan kombinasi kedua-duanya, robot suit ini mampu meramal bentuk jari tangan yang akan dibentuk oleh si lawan. Hebatnya, robot ini juga langsung bereaksi mengeluarkan bentuk jari yang mengalahkan manusia sendiri.

Dalam versi ini, kami memasukkan teknologi jejak berkecepatan tinggi ‘1ms Auto Pan-Tilt‘ dan ‘Lumipen 2‘ sebagai cara untuk memperluas daya tangkap daripada sistem penglihatan berkecepatan tinggi,” ujar mereka.


Baca: Robot Jelita Sambut Tetamu Kompleks Beli-Belah Jepun

Juga: Robot Jadi Teman Hidup Popular Warga Jepun

Hasil teknologi tersebut, menambah kemampuan sistem untuk secara dinamik mengesan tangan manusia dan mengenali bentuknya dalam mood kecepatan tinggi, tanpa perlu si robot memperhatikan pergerakan tangan.

“Kecanggihan teknologi ini juga mampu meningkatkan sinkronisasi atau corak keharmonian antara gerakan pantas jari tangan robot dan tangan manusia,” jelas jurucakap makmal berkenaan kepada media tempatan.

Ujikaji pihak makmal berkenaan agak menakjubkan apabila ia menang kesemua 100 peratus perlawanan dengan manusia termasuk kalangan pemain adu jari paling pakar di Jepun sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori