• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Orang Asli Tinggalkan Anak Demi Sara Keluarga

oleh Ahmad Albab
21/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Kegigihan sepasang suami isteri Orang Asli untuk menyara keluarga, menyebabkan mereka sanggup tinggalkan anak dan ‘menghuni’ sementara dalam hutan bagi meneroka hasil bumi, Tongkat Ali dan Kacip Faitmah di sekitar Hutan Payar Bungor, dekat sini.

Ismail a/l Lambak, 41, dan isterinya Saedah a/p Samsuri, 38, menyara keluarga dengan menjual akar kayu dan hasil hutan sejak 10 tahun lepas, berteduh sementara di sebuah pondok beratapkan nipah, tanpa kemudahan bekalan elektrik dan air di tepi Jalan Kuantan-Maran di sini.

Menurut Ismail, pondok sementara itu dibina bagi memudahkan kerja-kerja mereka membersihkan hasil hutan dan tempat mengumpul serta menyusun hasil hutan sebelum menjualnya.

“Kami akan balik ke Runchang, Pekan, seminggu sekali untuk menjengok enam anak berusia enam tahun hingga 21 tahun yang terpaksa ditinggalkan kerana ada lagi yang masih bersekolah,” katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Katanya, kebiasaannya mereka masuk ke dalam kawasan hutan seawal 7 pagi dan hanya keluar selewat-lewatnya 7 petang.

“Hasil akar kayu ini juga tidak putus-putus sepanjang tahun cuma sedikit sukar mencarinya pada musim tengkujuh lebih-lebih lagi semasa banjir,” katanya.

Ismail berkata, Tongkat Ali dan Kacip Faitmah diketahui umum mempunyai banyak khasiat antaranya dapat menghilangkan sakit badan serta penawar penyakit kencing manis.

Menurut Saedah, hasil hutan mereka itu dijual RM10 sekilogram dan jualan paling banyak hanya mampu mencecah 10 kilogram sehari.

“Bergantung pada permintaan dan kadang-kadang ada usahawan dari luar seperti Kedah, Johor dan Selangor datang memborong satu lori dengan kami untuk diproses jadi ubat,” katanya.

Justeru beliau berharap, supaya pihak berkuasa sentiasa dapat mengawasi kegiatan pencerobohan hutan daripada berleluasa kerana hutan adalah punca rezeki bagi Orang Asli. – BERNAMA

Tags: herbaOrang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd