• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Faham Antara Chong Wei Dan Frost Selesai

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan perselisihan faham antara Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen dan Datuk Lee Chong Wei sudah selesai.

Dalam pertemuan dengan Chong Wei, semalam, katanya bekas pemain nombor satu dunia itu itu telah memberikan jaminan bahawa masalahnya dengan Frost tidak akan berterusan.

Katanya Chong Wei menyatakan bahawa beliau rasa letih dan memerlukan rehat selepas tidak berhenti daripada menyertai kejohanan apabila kembali semula daripada penggantungan, Mei lepas.

Chong Wei digantung lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas kesalahan doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, akhir Ogos tahun lepas.

Chong Wei turut menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan Frost dan hanya meminta disediakan rakan sepelatih untuk dibawa ke kejohanan di luar negara, kata Khairy kepada pemberita selepas merasmikan jualan promosi barangan sukan sempena Hari Sukan Negara di sini, hari ini.

Mengenai penganjuran sulung Hari Sukan Negara pada 10 Okt ini, Khairy menyasarkan lebih lapan juta penyertaan daripada rakyat Malaysia termasuk murid-murid sekolah dari seluruh negara.

Katanya, dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN), atlet berprestasi tinggi negara juga akan mengambil bahagian dalam penganjuran kali ini.

“MSN dan ISN akan selaraskan program yang melibatkan atlet, di mana akan diadakan kejohanan kebangsaan supaya mereka terlibat sama dalam aktiviti sukan pada hari itu.

“Lagipun, Hari Sukan Negara bukan acara khusus untuk atlet… ia adalah untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Khairy berkata sehingga kini, lebih 9,500 aktiviti berkaitan sukan akan dianjurkan sempena penganjuran Hari Sukan Negara melibatkan agensi kerajaan, pihak swasta, sekolah, institut pengajian tinggi, peringkat negeri dan juga kampung. – BERNAMA

 

Tags: badmintonKhairy JamaluddinLee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd