• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehidupan Berubah Setelah Jadi Wakil Rakyat – Mat Razi

oleh Ahmad Albab
02/10/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – “Saya kini menjalani kehidupan yang jauh berbeza apabila semua rutin kehidupan berubah,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor yang baharu Mat Razi Mat Ail.

Kini genap seminggu Mat Razi bergelar ‘Yang Berhormat’ dan beliau mengakui perlu mengurus dan membahagikan masa dengan lebih bijaksana.

“Seawal pagi lagi sudah ada yang berkunjung ke rumah saya untuk menyuarakan masalah masing-masing,” katanya ketika mengunjungi pejabat Bernama Biro Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata pada awalnya senario itu “agak luar biasa” buat dirinya namun dapat menyesuaikan diri dengan keadaan itu beberapa hari kemudian.

Mat Razi bagaimanapun memberitahu beliau sememangnya sudah bersedia untuk berdepan semua itu lebih-lebih lagi dalam memenuhi permintaan rakyat.

Mat Razi diumumkan sebagai wakil rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri  Pengkalan Kubor selepas memperoleh 9,961 undi pada pilihan raya kecil bulan lalu menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim yang mendapat 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail (38 undi).

PRK itu berlangsung pada 25 Sept susulan kematian wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

Menurut Mat Razi, jika sebelum ini setiap hari dia perlu bertemu majikan sebelum memulakan tugas, kini dia pula yang menjadi ‘tuan’ untuk mengatur semua gerak kerja hariannya.

Dalam kesibukan itu, Mat Razi berkata beliau tetap meluangkan masa dengan keluarga terutama anak-anak di rumah.

“Selepas solat Maghrib saya tetap mengambil masa lebih kurang sejam untuk mengajar dua orang anak belajar mengaji al-Quran,” katanya.

Mat Razi berkata beliau akan berusaha menggalas amanah yang diberi oleh penduduk Pengkalan Kubor dengan sebaik mungkin. – BERNAMA

Tags: wakil rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang pemimpin Armada Nasional, manakala tujuh lagi...

Firdaus Wong, Ridhuan Tee Cadangkan Penternakan Babi Di Kawasan Wakil Rakyat DAP

Firdaus Wong, Ridhuan Tee Cadangkan Penternakan Babi Di Kawasan Wakil Rakyat DAP

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis mencadangkan supaya penternakan babi dibina di kawasan yang diwakili...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd