• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Bantu Shalwati Dapat Hak Penjagaan

oleh Ahmad Albab
02/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan akan membantu untuk mengembalikan semula hak penjagaan anak untuk pasangan Azizul Raheem Awaludin dan Shalwati Norshal yang sudah selesai menjalani hukuman penjara masing-masing di Sweden.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sehubungan dengan itu, kementeriannya dan jabatan yang berkaitan akan bekerjasama dengan kerajaan Sweden sepenuhnya.

Buat masa ini, keempat-empat anak pasangan terbabit iaitu Aishah, 15, Ammar, 13, Adam, 12, dan Arif ,8, berada dalam jagaan ibu saudara mereka di Kota Bharu, Kelantan.

“Sehingga kini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghantar sebanyak 23 laporan kepada kerajaan Sweden sejak pasangan itu ditahan pada 29 Mac tahun ini.

“Kita masih mengikuti perkembangan keluarga itu untuk diberikan laporan kepada kerajaan Sweden sehinggalah mereka berpuas hati,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2014 di sini, hari ini.

Rohani berkata jika kerajaan Sweden berpuas hati dengan laporan yang JKM berikan sekali setiap sebulan itu, hak penjagaan semula anak-anak itu akan dikembalikan kepada ibu bapa mereka.

Katanya hak penjagaan itu hanya akan dikembalikan selepas anak pasangan terbabit berumur 18 tahun atau lebih cepat, dengan persetujuan kerajaan Sweden.

Semalam, Shalwati, 46, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang selepas dibebaskan dari Penjara Hinseberg, Frovi, Sweden, pada Isnin.

Pada 29 Mac, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap Shalwati dan 10 bulan terhadap suaminya yang ketika itu Pengarah Tourism Malaysia di Stockholm selepas didapati bersalah atas tuduhan mencabuli integriti dan mengasari anak mereka.

Bagaimanapun, hukuman itu dikurangkan dan kedua-dua mereka hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman yang telah ditetapkan. Azizul Raheem, 38, dibebaskan pada 9 Julai lepas.

Sementara itu, Rohani berharap bajet yang akan dibentangkan pada 10 Oktober ini akan menawarkan kemudahan yang terbaik untuk masyarakat.

Beliau berkata pihaknya meminta dana sebanyak RM100 juta khusus untuk membantu wanita yang tidak boleh atau layak membuat pinjaman di bank supaya dapat diberikan bantuan melalui dana itu nanti.

“Kita tidak mahu wanita yang tersebut membuat keputusan untuk mencari jalan mudah dengan meminjam daripada ‘Along’ (peminjam wang tanpa lesen) atau membuat kerja sosial yang tidak baik bagi mendapatkan wang dengan mudah.

“Pastinya nanti masalah akan timbul jika mereka tidak dapat membayar kembali wang tersebut dengan jangka waktu yang ditetapkan oleh ‘Along’ atau mereka nanti terjebak dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya. – BERNAMA

Tags: KerajaanRohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd