• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Tiba Di Jakarta Untuk Lawatan Kerja 4 Hari

oleh Ahmad Albab
18/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja empat hari.

Ketibaan Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis serta rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma pukul 9 pagi (10 pagi waktu Malaysia) disambut Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Program pertama Ahmad Zahid hari ini adalah mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan Luhut Binsar Pandjaitan.

Beliau kemudian mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Indonesia Jusof Kalla di Istana Wakil Presiden.

Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin itu dijangka membincangkan isu-isu yang membabitkan hubungan dua hala dan kepentingan bersama.

Esok, Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhammad Hanif Dhakiri.

Pada Ahad, Ahmad Zahid akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Tjahjo Kumolo.

Lawatan Ahmad Zahid ke Indonesia ini merupakan lawatan pertama beliau ke luar negeri sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai lepas. – BERNAMA

Tags: IndonesiaZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd