• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Ada Keperluan Tubuh Pusat Krisis Jerebu

oleh Ahmad Albab
17/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menegaskan tiada keperluan menubuhkan pusat krisis jerebu ketika ini memandangkan masalah itu masih belum di tahap membahayakan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ia kerana jerebu berlaku setiap tahun akibat pembakaran terbuka dari negara jiran dan kementerian telah bersedia dengan keadaan tersebut.

“Memang tak dinafikan terdapat sedikit kesan pada tahap kesihatan penduduk di negara ini terutamanya bagi penghidap penyakit asma, namun keadaan ini masih tidak membahayakan.

“Kami masih memantau keadaan dan akan memutuskan untuk membuka bilik gerakan bagi krisis pencemaran udara sekiranya tahap IPU (Indeks Pencemaran Udara) mencecah 200 dan ke atas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus ‘Think Contraception, Think Wise’ di Hospital Selayang di sini, hari ini.

Pagi ini, Jabatan Pendidikan Sarawak telah mengeluarkan arahan 463 sekolah rendah dan menengah di Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Samarahan, Serian dan Simunjan ditutup setelah IPU di kawasan berkenaan mencecah tahap sangat tidak sihat.

Setakat tengah hari tadi, Kuching, Padawan, Bau dan Lundu mencatatkan bacaan IPU 204 manakala Samarahan, Serian dan Simunjan berada pada bacaan 200.

Pada Selasa, sebanyak 2,045 sekolah di empat negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan telah diarah tutup atas sebab sama, namun kesemua sekolah terbabit dibuka semula hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mengadakan program kesedaran dalam usaha mencegah peningkatan kes kehamilan tidak dirancang, terutamanya di kalangan remaja perempuan.

Katanya peningkatan kesedaran perlu diadakan dengan segera kerana kadar kehamilan tidak dirancang semakin membimbangkan, dengan statistik 18,000 kes pada 2014.

“Daripada jumlah kes itu, 20 peratus daripadanya menggunakan kaedah perancang keluarga tetapi tanpa bimbingan dan pengetahuan tentang pengambilan alatan perancang keluarga,” katanya.

Dr Hilmi berkata antara program yang boleh diadakan termasuk memberi kursus berhubung pencegahan kehamilan kepada kakitangan perkhidmatan jagaan kesihatan supaya segala ilmu yang diperolehi dapat dikongsi bersama masyarakat, sekali gus membantu mereka membuat pilihan bijak dalam merancang kehamilan.

“Selain itu, institusi keluarga, sekolah dan masyarakat perlu bertanggungjawab mendidik mereka dengan memberi pengetahuan tentang kaedah dan kebaikan perancang keluarga sebagai panduan dan tidak disalah guna,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd