• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuching, Samarahan Catat IPU Sangat Tidak Sihat Setakat 1 Tengah Hari

oleh AK-47
17/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching dan Samarahan, Sarawak mencatatkan penurunan namun masih berada dalam keadaan sangat tidak sihat setakat 1 tengah hari ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Kuching menurun kepada 203 daripada 209 dalam tempoh tiga jam.

Samarahan turut mencatat penurunan bacaan kepada 204 berbanding 207 pada pukul 10 pagi.

Sementara itu, 12 lagi kawasan masih mencatat bacaan tidak sihat dengan IPU antara 101 hingga 200 namun terdapat penurunan pada bacaan IPU di kawasan terbabit kecuali Port Dickson dan Sri Aman, Sarawak.

Bacaan IPU di Port Dickson 111 meningkat daripada 109 sebelumnya manakala Sri Aman 136 daripada 129.

Kawasan lain yang mencatatkan bacaan penurunan IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka 113 daripada 120, Bukit Rambai 119 daripada 124, Nilai 105 daripada 107, Seremban 111 daripada 114, Kapit 132 daripada 135, Sarikei 109 daripada 111, Sibu 102 daripada 105, Banting 113 daripada 114 dan Putrajaya 103 daripada 105.

Bacaan IPU tidak sihat di Shah Alam kekal pada 105.

Sebanyak 25 lagi kawasan pula mencatat bacaan IPU sederhana setakat tengah hari ini iaitu Kota Tinggi, Larkin Lama, Muar dan Pasir Gudang di Johor; Balok Baru, Indera Mahkota dan Jerantut di Pahang; Seri Manjung di Perak; Keningau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau di Sabah; Bintulu, ILP Miri, Limbang dan Miri di Sarawak; Kuala Selangor, Pelabuhan Klang dan Petaling Jaya di Selangor; Kemaman, Kuala Terengganu dan Paka di Terengganu; Batu Muda dan Cheras di Kuala Lumpur serta Labuan.

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

Sementara itu, Jabatan Komunikasi Korporat Malaysia Airport Holdings Berhad ketika dihubungi Bernama berkata pusat operasi syarikat berkenaan mengesahkan bahawa operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 berjalan seperti biasa setakat ini dan tiada kelewatan atau perubahan laluan pesawat yang berlaku.

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

Tags: Jerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd