• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Nelayan Thai Bersyukur Terselamat Selapas Bot Dirempuh Kapal

oleh Ahmad Albab
16/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Dua nelayan Thai yang terselamat selepas bot mereka dirempuh sebuah kapal pengangkut pasir di perairan Pulau Redang tiga hari lepas, tiba di Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tok Bali, di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi Isnin lepas, Arwae Buisa, 38, dan rakannya Yakaria Koya, 39, berjaya menyelamatkan diri selepas terjun dari bot dan berpaut pada tiang unjam sebelum diselamatkan kapal pengangkut pasir itu.

Menceritakan saat mencemaskan yang dihadapi mereka, Arwae berkata kejadian berlaku terlalu pantas.

“Kami hanya menyedari kapal berkenaan terlalu hampir dengan bot, dan kami tiada pilihan selain terjun ke laut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pangkalan APMM Tok Bali di sini, hari ini.

Kedua-dua mereka berasal dari Narathiwat, selatan Thailand, bersyukur kerana terselamat dan tidak cedera.

Arwae berkata dalam keadaan kelam kabut itu dia terpaksa berenang sejauh 100 meter untuk berpaut pada tiang unjam tetapi terpaksa berenang balik ke tempat kejadian untuk membantu Yakaria yang cedera di kaki.

“Saya bernasib baik kerana telefon yang dibalut dengan plastik masih dapat berfungsi dan terus menghubungi rakan-rakan untuk mendapatkan pertolongan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi Wilayah Maritim Timur (APMM) Laksamana Pertama Maritim Yusuf Ali berkata pihaknya dihubungi menerusi telefon satelit oleh kapal pengangkut pasir terbabit MV Vienus sebaik kejadian berlaku.

Beliau berkata, kedua-dua nelayan berkenaan dibawa ke Tok Bali oleh bot KNF7699. – BERNAMA

 

Tags: botNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd