• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Sedia Skim Subsidi Jerebu Kepada Rakyat

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk di republik ini, Kementerian Kesihatan (MOH) akan mengaktifkan Skim Subsidi Jerebu mulai Rabu.

Ia disediakan di poliklinik dan Klinik Kesihatan Awam, menurut kenyataan MOH.

Terdahulu dalam posting Facebooknya, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Vivian Balakrishnan berkata pelbagai agensi kerajaan telah menyediakan pelan tindakan mereka.

“MOH akan mengaktifkan Skim Subsidi Jerebu bagi membantu rakyat Singapura yang memerlukan keperluan perubatan berkaitan jerebu.

Kementerian Tenaga Kerja, Persekutuan Kebajikan Singapura dan Kongres Kesatuan Sekerja Nasional (NTUC) telah menyeru semua majikan untuk memberi penjagaan khas kepada pekerja mereka semasa tempoh ini dan sekolah pula perlu menyediakan pelan kecemasan mereka,” katanya.

Beliau berkata Persatuan Penduduk akan turut mengedarkan bungkusan ‘We Care’ kepada pihak yang memerlukan.

Setakat 8 pagi tadi, indeks standard pencemaran 24 jam (PSI) mencatat bacaan tidak sihat antara 102 hingga 122 sementara PSI-tiga jam kekal pada 82. – BERNAMA

 

Tags: JerebuSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd