• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkeso Salur RM200j Bagi Pencarum Jalani Ujian Kesihatan Percuma

oleh Ahmad Albab
15/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memperuntukkan RM200 juta bagi program saringan kesihatan kepada 1.9 juta pencarum berumur 40 tahun ke atas menjalani ujian kesihatan secara percuma.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata program yang diwujudkan empat tahun lalu itu adalah bagi memastikan mereka tidak menghadapi risiko mendapat penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi serangan jantung, serta kanser pangkal rahim dan kanser payudara bagi pencarum wanita.

“Bagi pencarum yang layak, mereka boleh menggunakan baucar pemeriksaan kesihatan itu untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi atau kencing manis secara percuma di klinik-klinik panel yang ditetapkan oleh pihak Perkeso.

“Semua perbelanjaan pemeriksaan kesihatan itu ditanggung oleh Perkeso, melainkan jika mereka ingin membuat ujian-ujian kesihatan tambahan lain, yang itu mereka kena keluarkan belanja sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Pemimpin Bertemu Masyarakat Bersama Penghulu-Penghulu Seluruh Pahang dan Penyampaian Cek Faedah Perkeso 2015, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Bahagian Perkhidmatan Korporat, Samihah Md Razi, Pengarah Perkeso Pahang, Zainal Ismail dan Pengerusi Kesatuan Penghulu-Penghulu Pahang, Datuk Zainal Azman Bidin.

Ismail pada majlis tersebut turut menyampaikan cek faedah kepada 22 penerima tahun ini berjumlah RM357,504.17.

Sementara itu Zainal ketika ditemui pemberita berkata kesedaran dalam kalangan pencarum untuk menjalani ujian imbasan kesihatan di negeri ini masih kurang iaitu kira-kira 15 peratus sahaja yang menggunakan baucar tersebut sejak ia dilancarkan pada 2013.

Katanya, daripada 30,000 baucar yang dikeluarkan kepada pencarum yang layak, hanya 9,000 sahaja yang digunakan setakat ini.

Justeru katanya Perkeso Pahang telah mengadakan 10 program kesihatan di seluruh negeri bagi meningkatkan kesedaran kepada pencarum untuk menggunakan baucar pemeriksaan kesihatan tersebut.

“Majikan juga boleh mohon kepada pihak Perkeso untuk membawa doktor ke premis mereka sekiranya terdapat ramai dalam kalangan pencarum mahu menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=3rK5b5Hqgwg

Tags: pekerjaPerkeso
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd