WALAUPUN masih lagi dianggap baharu berkembang di negara ini, bilangan peniaga secara talian atau online yang mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) semakin menunjukkan peningkatan positif.
Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner dalam temuramah eksklusif bersama dengan Mynewshub di pejabatnya di Menara SSM @Sentral baru-baru ini.
“Ramai usahawan atas talian tidak tahu bahawa adalah wajib daftar bisnes mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 kerana menyangka peniaga beroperasi tanpa kedai tidak perlu daftar,†jelasnya.
Beliau sebaliknya menambah, apa-apa sahaja pekerjaan dijalankan bertujuan mendapatkan keuntungan walaupun kecil wajib mendaftarkan perniagaan dan ini termasuk bisnes secara online yang makin popular akhir-akhir ini.
Menjelaskan lebih lanjut, Zahrah berkata, kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan di bawah akta tersebut yang sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak kurang dua tahun.
“Ini juga berdasarkan hasil pengalaman SSM sendiri yang terima banyak aduan daripada pengguna mengenai kes penipuan peniaga atas talian tidak bertanggung jawab ambil kesempatan terhadap pelanggan,†ujarnya.

Baca: Johor Pertama Siri Jelajah SSM-ONE Buat Usahawan Online
Juga: SSM-ONE Berjaya! – Platform Terbaik Buat Peniaga Online
Sebagai contoh kata Zahrah, untuk tahun ini sahaja dari tempoh Januari sehingga Ogos lalu, 21 aduan diterima SSM melibatkan enam syarikat dan 22 perniagaan enterprise yang menjalankan perniagaan dalam talian.
Namun, berdasarkan rekod SSM, kesedaran usahawan online amat baik khasnya peniaga jenis enterprise misalnya pada 2010 sebanyak 1,793 didaftarkan dan ia menunjukkan peningkatan positif dari tahun ke tahun.
Bayangkan pada 2011 pula hanya 1,328 didaftarkan sebelum naik kepada 2,089 pada tahun 2012, 2,469 (2013), 2,665 (2014) bahkan 4,066 pada tahun ini iaitu rekod terbesar dan itu pun data terkini sehingga 31 Ogos lalu.
Justeru, selain penguatkuasaan dan pemantauan berterusan ke atas peniaga dikenal pasti melalui laman Internet, bagi meningkatkan kesedaran usahawan terlibat, pihak SSM mula aktif melakukan program turun padang.
Terbaharu, Karnival SSM Online Networking Entrepreneurs (ONE) bakal diadakan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang di Johor Bahru dari 2 hingga 3 Oktober ini susulan sambutan hangat di Damansara baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC/HAA
https://www.youtube.com/watch?v=d1WDCG1MxGU
