• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prasarana Buat Laporan SPRM, SSM Projek Rugi Hampir RM500 Juta

oleh
04/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mencatatkan kerugian bernilai 417 juta riyal (hampir RM500 juta) susulan pelaksanaan projek Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL), di Arab Saudi.

Laporan kerugian bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 itu akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata kerugian itu berikutan pembabitan Prasarana dalam operasi dan penyelenggaraan Projek MMMSL dari 2015 hingga 2018.

Beliau mendakwa, kerugian itu berpunca daripada pembabitan Lembaga Pengarah Prasarana dan anak syarikatnya, Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME) yang masih belum boleh didedahkan kepada umum.

“Laporan awal audit projek ini sudah diserahkan kepada Jawatankuasa Risiko Audit (ARC) yang kemudian mendapati ada masalah meruncing lain dan perlu kepada pemeriksaan lanjut, sejurus kontrak tamat, pada 2018.

“ARC kemudian mengarahkan siasatan forensik menyeluruh, termasuk audit dilakukan PriceWaterhouseCoopers Advisory Services yang dilengkapkan selama 18 bulan ekoran beberapa kekangan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, BH melaporkan, tren MMMSL berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi memulakan operasinya, pada Ogos 2017, khusus bagi membantu pergerakan jemaah haji menjelang kemuncak Hari Wukuf.

Operasi tren di jajaran sepanjang 1.8 kilometer dengan sembilan stesen menghubungkan Arafah, Mina dan Jamrah itu dikawal selia Pusat Kawalan Operasi serba canggih di Arafah.

Keseluruhannya, lima formasi pergerakan disusun PRIME selaku operator tren haji berkenaan, khusus bagi membantu memastikan 350,000 jemaah haji, khususnya dari negara teluk (GCC) dan Asia Selatan melaksanakan rukun itu.

Mengenai tempoh siasatan forensik menyeluruh bagi kerugian itu, Tajuddin berkata, ia terpaksa dilakukan dalam jangka masa berkenaan kerana perlu mendapatkan kerjasama subkontraktor dan perunding terdahulu yang berpusat di luar negara.

“Selain itu, Prasarana berdepan kesukaran menjejak bekas kakitangan yang sudah tidak berkhidmat dengan syarikat, selepas projek MMMSL siap sepenuhnya.

“Pasukan siasatan juga perlu menyemak dan membuat saringan terhadap sejumlah besar dokumen berkaitan pelaksanaan projek yang dipindahkan dari Arab Saudi ke Malaysia, sejurus projek tamat,” katanya. – BH Online

Tags: MMMSLPrasaranaSPRMSSM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd