• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesedaran Usahawan Online Daftar Bisnes Makin Baik – CEO SSM

oleh
02/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN masih lagi dianggap baharu berkembang di negara ini, bilangan peniaga secara talian atau online yang mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) semakin menunjukkan peningkatan positif.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner dalam temuramah eksklusif bersama dengan Mynewshub di pejabatnya di Menara SSM @Sentral baru-baru ini.

“Ramai usahawan atas talian tidak tahu bahawa adalah wajib daftar bisnes mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 kerana menyangka peniaga beroperasi tanpa kedai tidak perlu daftar,” jelasnya.

Beliau sebaliknya menambah, apa-apa sahaja pekerjaan dijalankan bertujuan mendapatkan keuntungan walaupun kecil wajib mendaftarkan perniagaan dan ini termasuk bisnes secara online yang makin popular akhir-akhir ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Zahrah berkata, kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan di bawah akta tersebut yang sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak kurang dua tahun.

“Ini juga berdasarkan hasil pengalaman SSM sendiri yang terima banyak aduan daripada pengguna mengenai kes penipuan peniaga atas talian tidak bertanggung jawab ambil kesempatan terhadap pelanggan,” ujarnya.

DSC_1876
Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd. Wahab Fenner

Baca: Johor Pertama Siri Jelajah SSM-ONE Buat Usahawan Online

Juga: SSM-ONE Berjaya! – Platform Terbaik Buat Peniaga Online

Sebagai contoh kata Zahrah, untuk tahun ini sahaja dari tempoh Januari sehingga Ogos lalu, 21 aduan diterima SSM melibatkan enam syarikat dan 22 perniagaan enterprise yang menjalankan perniagaan dalam talian.

Namun, berdasarkan rekod SSM, kesedaran usahawan online amat baik khasnya peniaga jenis enterprise misalnya pada 2010 sebanyak 1,793 didaftarkan dan ia menunjukkan peningkatan positif dari tahun ke tahun.

Bayangkan pada 2011 pula hanya 1,328 didaftarkan sebelum naik kepada 2,089 pada tahun 2012, 2,469 (2013), 2,665 (2014) bahkan 4,066 pada tahun ini iaitu rekod terbesar dan itu pun data terkini sehingga 31 Ogos lalu.

Justeru, selain penguatkuasaan dan pemantauan berterusan ke atas peniaga dikenal pasti melalui laman Internet, bagi meningkatkan kesedaran usahawan terlibat, pihak SSM mula aktif melakukan program turun padang.

Terbaharu, Karnival SSM Online Networking Entrepreneurs (ONE) bakal diadakan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang di Johor Bahru dari 2 hingga 3 Oktober ini susulan sambutan hangat di Damansara baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC/HAA

https://www.youtube.com/watch?v=d1WDCG1MxGU

Tags: atas talianSSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Prasarana Buat Laporan SPRM, SSM Projek Rugi Hampir RM500 Juta

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mencatatkan kerugian bernilai 417 juta riyal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd