• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Nelayan Muar Dalam Dilema

oleh Ahmad Albab
15/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Sejak jerebu teruk melanda negara termasuk daerah ini, lebih 1,000 nelayan di sini berada dalam dilema sekiranya situasi itu berterusan dalam tempoh yang panjang.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Muar, Zainal Abdul Jalil berkata walaupun jerebu teruk itu dilaporkan berlaku dalam sehari dua ini, para nelayan terbabit sebenarnya sudah hampir sebulan tidak ke laut.

“Jerebu ini melanda sejak sebulan lalu dan pada bulan ini hanya beberapa hari sahaja kami dapat turun ke laut dan selebihnya kami tidak mahu tanggung risiko.

“Disebabkan begitu lama tidak ke laut, harga beberapa jenis ikan dilapor naik, yang kini mengharapkan kepada ikan tong (ikan sejuk beku) bagi menampung kekurangan ikan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Zainal berkata lebih merunsingkan mereka apabila ada laporan bot nelayan telah dirompak ketika di laut menyebabkan nelayan kini lebih bimbang untuk menangkap ikan.

“Sudahlah jerebu, dua hari lalu ada nelayan kami yang menjadi mangsa rompakan dan ini menambah kesulitan kami,” katanya.

Beliau berkata disebabkan lama tidak menangkap ikan, nelayan pantai terutamanya, kini terhimpit dengan masalah kewangan.

Menurutnya ada nelayan yang terpaksa mencari pekerjaan lain buat sementara untuk menampung kehidupan seharian.

“Saya sendiri bulan ini sahaja baharu empat hari turun ke laut dan yang selebihnya keadaan jerebu ini sangat bahaya jika kami terus ke laut,” katanya.

Zainal berkata mereka mengharapkan kuasa Allah SWT agar keadaan jerebu itu segera pulih.

Beliau juga berharap pengguna di daerah ini agar bersabar dengan kenaikan harga dan kekurangan ikan di pasaran sekarang kerana ia bersifat sementara.

Bagi nelayan yang ingin ke laut untuk menangkap ikan, Zainal berharap mereka memikirkan sedalam-dalamnya untuk berbuat demikan.

“Tetapi kita tidak boleh menghalang jika mereka terpaksa ke laut dan berharap pentingkan soal keselamatan seperti jaket keselamatan dan alat GPS mereka berfungsi dengan baik,” katanya.

Selain itu beliau meminta nelayan agar menghubungi pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum ke laut.

Keadaan jerebu di Muar hari ini tidak seteruk semalam apabila daerah ini dilanda hujan lebat pada malam tadi.

Semalam indeks pencemaran udara di Muar dilaporkan mencecah sehingga 137. – BERNAMA

Tags: JerebuNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd