• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penutupan Hari Ini Libatkan 2,045 Sekolah, 1.523 Juta Pelajar

oleh Ahmad Albab
15/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekolah di tiga buah negeri dan dua kawasan Wilayah Persekutuan yang ditutup hari ini akibat keadaan jerebu yang semakin teruk hanya akan dibuka semula setelah Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun kepada 150.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penutupan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka itu terpaksa dilakukan demi kesihatan murid dan pelajar setelah indeks IPU meningkat daripada tahap tidak sihat kepada sangat tidak sihat malam tadi.

Katanya sebanyak 2,045 sekolah melibatkan 1.523 juta pelajar terbabit dalam penutupan hari ini.

“Penutupan sekolah-sekolah terpaksa dibuat lewat malam tadi kerana kita dapati indeks IPU meningkat kepada 195 dan ia dijangka akan meningkat lagi,” katanya kepada pemberita di Institut Pendidikan Guru Malaysia di sini, hari ini.

Lewat malam tadi, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan mengumumkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup hari ini berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.

Sementara itu, Mahdzir berkata pihaknya juga sedang memantau secara dekat keadaan jerebu melibatkan negeri Perak, Pahang dan Terengganu kerana ia juga didapati semakin teruk.

IPU antara 0 dan 50 dikategori baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat, 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat dan 300 ke atas adalah berbahaya.

Mengikut prosedur, sekolah hanya akan ditutup apabila IPU mencecah 200 mengikut penetapan Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar.

Pagi ini, keadaan jerebu masih berterusan dengan IPU di 34 kawasan di seluruh negara masih pada tahap tidak sihat.

Masalah jerebu turut semakin teruk di negara jiran dengan Indonesia hari ini mengisytiharkan Riau sebagai kawasan darurat kerana jerebu berada di tahap sangat berbahaya, manakala keadaan berjerebu masih berterusan di Singapura dengan kualiti udara kekal pada tahap tidak sihat.

Mahdzir berkata kementeriannya dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan memantau dan memaklumkan masa yang sesuai untuk sekolah dibuka semula.

Beliau menegaskan walaupun sekolah ditutup tetapi guru masih perlu hadir bertugas ke sekolah kerana itu adalah peraturan yang ditetapkan.

Katanya pihaknya juga masih berbincang sama ada untuk menggantikan hari persekolahan yang ditutup itu akibat masalah jerebu.

Ditanya sama ada pihaknya akan membuat kajian semula terhadap tahap IPU penutupan bagi sekolah, Mahdzir berkata pihaknya akan mengadakan kajian dengan pelbagai pihak termasuk pakar-pakar bersama Jabatan Meterologi dan Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata setakat ini indeks IPU itu masih kekal dan jika keadaan jerebu berada pada tahap 150, semua aktiviti luar kelas tidak dibenarkan dijalankan. – BERNAMA

Tags: JerebuMahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd