• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Universiti Malaya Terus Meningkat Dalam Ranking Universiti

oleh Ahmad Albab
15/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Merujuk kepada QS World University Ranking 2015/2016 yang diumumkan pada 15 September 2015, Universiti Malaya (UM) telah berjaya memasuki kelompok 150 teratas dunia apabila menunjukkan peningkatan kepada tempat ke-146 pada tahun 2015, iaitu peningkatan dari tempat ke-151 pada tahun 2014 dan ke-167 pada tahun 2013.

Universiti Sains Malaysia (USM) pula telah meningkat sebanyak 20 kedudukan iaitu daripada 309 pada tahun 2014 kepada 289 pada tahun 2015, manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) pula telah meningkat 45 kedudukan iaitu daripada 376 (2014) ke 331 (2015).

Dalam bidang kejuruteraan dan teknologi pula, kedudukan UM, USM dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah meningkat dalam kelompok 100 buah universiti terbaik dunia manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada dalam kelompok 150 buah universiti terbaik dunia.

Secara keseluruhan, kelima-lima Universiti Penyelidikan masih berada dalam kelompok 1% universiti terbaik dunia (jumlah universiti di dunia adalah melebihi 30,000 buah) dan menunjukkan peningkatan dalam beberapa aspek ranking tersebut.

Kementerian Pendidikan Tinggi akan meneruskan usaha untuk meningkatkan kualiti akademik universiti tempatan, antara lain menerusi:

1. Penambahbaikan nisbah pelajar dengan pensyarah.
2. Meningkatkan nisbah pensyarah antarabangsa.
3. Meningkatkan kualiti penyelidikan dan penerbitan supaya menjadi rujukan antarabangsa.

Usaha ini adalah selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang telah dilancarkan pada 7 April 2015 oleh YAB Perdana Menteri, untuk memastikan agar pendidikan tinggi negara terus meningkat.

Kementerian Pendidikan Tinggi PUTRAJAYA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pendidikan Tinggi
Tel : 03-8870 6247
Faks : 03-8870 6885

– BERNAMA

https://youtu.be/o62FWAmTQqs

Tags: Universiti Malaya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jerebu: USIM Tangguh Sesi Pengajian

Next Post

Jerebu: Riau Diisytihar Kawasan Darurat

Related Posts

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

10/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengurusan Universiti Malaya (UM) sudah melakukan operasi dalaman bagi menangani kehadiran anjing liar di kawasan universiti itu susulan...

UMANY Mohon Maaf Kepada Agong

12/11/2020
0

SHAH ALAM - Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Next Post

Jerebu: Riau Diisytihar Kawasan Darurat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd