• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Skeptikal Terhadap ‘Himpunan Rakyat Bersatu’

oleh Ahmad Albab
15/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rabu ini merupakan hari bersejarah buat rakyat Malaysia secara keseluruhan. Tarikh yang sama pada 1963, Tanah Melayu, Borneo Utara, kini Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju membentuk Malaysia.

Namun selepas 52 tahun, pada tarikh yang sama tahun ini ramai pihak di ibu negara menyatakan kegusaran untuk menyambutnya di sini.

Kegusaran timbul selepas ada pihak yang kononnya mahu menegakkan ‘Kebangkitan Maruah Melayu’ melalui perhimpunan di sekitar beberapa lokasi utama di ibu negara, termasuk tempat tumpuan pelancong.

Lokasi berkenaan termasuk Bukit Bintang, Pudu dan Petaling Street sebelum berakhir di Padang Merbok, di sini.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi mendapati ramai pihak yang sebenarnya bersifat terbuka mengenai perhimpunan aman, namun bagi perhimpunan yang dirancang pada 16 Sept ini, mereka berasa sedikit skeptikal.

Ini terutama selepas melihat imej tertera di baju ‘Merah’ yang mengandungi imej bayangan orang bersilat dengan tulisan ‘Kebangkitan Maruah Melayu’ dan ‘Tanah Tumpah Darahku’ yang dijual kepada orang ramai di beberapa lokasi sejak minggu lepas.

Adil Ismail, 29, pekerja syarikat swasta di ibu negara ketika ditemui berkata maruah bangsa Melayu tidak perlu ditegakkan melalui perhimpunan.

“Ada banyak cara yang lebih baik, contohnya, naikkan maruah Melayu melalui ekonomi, bela nasib Melayu yang terjerumus dalam najis dadah contohnya. Tunjuk sifat bangsa Melayu yang lemah lembut, berbudi bahasa. Ini saya rasa lebih baik. Kita tak nak ‘menang sorak, kampung tergadai’,” katanya.

Menjawab isu sama, N. Bahveshen, 34, berkata Hari Malaysia sepatutnya dihormati, namun jika benar penganjurannya bersifat perkauman ia akan merosakkan keharmonian kaum yang telah tercapai sebelum ini.

“16 September ini adalah cuti umum, rancangan saya untuk membawa keluarga saya terpaksa dibatalkan sekiranya perhimpunan itu tetap dijalankan. Saya tak nak bahayakan keselamatan keluarga saya,” katanya.

Salehien Abdul Rahman,22, berkata penganjuran ini bukan sahaja menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat bahkan pelancong asing.

“Pelancong akan berasa tidak selamat apabila kehadiran mereka (penyokong) berada di kawasan tumpuan pelancong seperti ‘Petaling Street’,” katanya ketika ditemui Bernama.

Pegawai bank itu menarik perhatian, perhimpunan sebegini hanya akan memberi impak negatif terhadap ekonomi negara yang sememangnya sedang menghadapi cabaran.

Pendapat sama turut diutara di laman sosial Twitter.

Syed Husin Ali@syedhusinali menulis: “Memang Baju merah ada hak Perlembagaan berhimpun secara aman. Tapi janganlah bakar api perkauman. Jangan ugut mandi darah melalui poster.”

LeonardThen @EesanThen pula menulis: “BajuMerah rally should be stopped. Investors always lose faith when there’s racism”.

Penganjuran perhimpunan dengan nama ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ itu, turut mendapat bantahan 20 badan bukan kerajaan (NGO).

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis tidak akan membenarkan penganjuran perhimpunan berkenaan atas faktor keselamatan.

– BERNAMA

Tags: Perhimpunanrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Data menunjukkan hampir 90 peratus rakyat Malaysia hanya menggunakan secara purata 100 liter petrol sebulan. Ia bermakna...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd