• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Malaysia: JDT Catat Kemenangan 2-0 Ke Atas Perak

oleh Ahmad Albab
12/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuka kempen Piala Malaysia 2015 dengan langkah kanan apabila mengalahkan Perak 2-0 pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini malam tadi.

Meskipun turun tanpa kapten dan pemain tengah Safiq Rahim, barisan pemain JDT masih mampu menampilkan corak permainan kemas untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

Kedua-dua gol JDT pada perlawanan tunggal Piala Malaysia malam ini dijaringkan pada babak pertama menerusi Mohd Safee Sali pada minit ke-17 dan S.Chanturu pada minit ke-21.

Safee berjaya menceriakan ribuan peminat tuan rumah apabila membuka jaringan selepas menyudah hantaran Chanturu manakala Chanturu pula melakukan sepakan lintang selepas menerima hantaran Mahalli Jasuli.

Tersentak dengan dua gol pada awal perlawanan, skuad Perak, kendalian Vjeran Simunic, bangkit untuk mengurangkan defisit namun percubaan Charles Souza Chad pada minit ke-28 tersasar ke tepi tiang gol.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat dihukum untuk bermain dengan 10 pemain apabila Mohd Hisyamudin Mohd mengasari Gary Steven Robbat pada mini ke-89.

Tindakan itu mengakibatkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar terpaksa melayangkan kad merah terhadap Mohd Hisyamudin yang sebelum itu menerima kad kuning pada babak pertama perlawanan kerana menahan bola dengan tangan.

Selepas ini, JDT akan beraksi dalam dua perlawanan di tempat lawan iaitu menentang pasukan ATM di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan pada 19 Sept dan Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, 26 Sept ini. – BERNAMA

Tags: JDTPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Kongsi ‘Wall of Champions’ Tarik Perhatian Netizen

Tunku Mahkota Ismail Kongsi ‘Wall of Champions’ Tarik Perhatian Netizen

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Perkongsian carta “Wall of Champions” Juara Piala AFC oleh Tunku Mahkota Ismail menarik perhatian penyokong bola sepak...

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

14/05/2026
0

TAK usah seronok sangat JDT tak mara ke final Shopee Cup. Macamlah pasukan masing-masing baru angkat treble Eropah. Seolah-olah Harimau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd