• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna Jalan Raya Dinasihat Ambil Langkah Keselamatan Berikutan Jerebu

oleh Ahmad Albab
08/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan dan jalan raya di negeri ini dinasihat mengambil langkah keselamatan berikutan jerebu yang mengehadkan jarak penglihatan dan boleh menjadi punca kemalangan, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Nazili Mahmood.

Beliau berkata pengguna jalan raya perlu mengambil langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan berwarna hijau terang, memastikan jarak kenderaan selamat, kurangkan kelajuan dan memandu dengan berhati-hati.

“Kami sentiasa dalam keadaan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan disebabkan jerebu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka di sini Selasa.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi dua kawasan di Melaka mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu Bukit Rambai dengan 124 dan Bandaraya Melaka pada 109.

Sementara itu, enam buah kedai sederet di Jalan Batu Gajah, Merlimau musnah dalam kebakaran pagi ini.

Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Kamarulzaman Mohd Din berkata empat buah jentera bersama-sama 34 anggota dan pegawai bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 7.05 pagi.

“Bomba mengambil masa tiga minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran termasuk sekolah yang berada di sebelah kawasan kebakaran.

“Kebakaran berlaku dari kedai menjual alat pemadam api kemudian merebak ke lima lagi kedai sederet, tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

Beliau berkata jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat. – BERNAMA

Tags: BombaJerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd