• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Ini Empunya Nama Paling Pendek Di Indonesia

oleh Ahmad Albab
08/09/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Selepas beberapa individu di Indonesia muncul dengan nama pelik seperti Tuhan, Saiton dan Andy Go To School kini giliran seorang gadis pula yang mempunyai nama paling pendek.

Pelajar di sekolah menengah di Pemalang, Jawa Tengah ini dipercayai individu yang mempunyai nama paling pendek selepas namanya hanya D.

D yang berusia 15 tahun menunjukkan rekod sekolah yang memaparkan namanya kerana dia masih belum membuat kad pengenalan diri.

Bapanya, Mulyaji berkata, dia memberi anaknya nama D kerana gadis itu dilahirkan terlalu cepat.

“Anak saya ini adalah anak yang keempat dan saya memberi nama D sempena urutan huruf itu yang berada di tempat keempat,” katanya.

Menurutnya, hanya anak bongsunya itu diberi nama yang unik dan semua kakak D mempunyai nama biasa.

D memberitahu, dia tidak pernah menghiraukan atau berasa terganggu dengan nama yang diberikan oleh bapanya itu.

“Saya berasa senang walaupun nama berbeza dan rakan yang lain sudah biasa memanggil saya D,” katanya. – Agensi/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=PBjg3tD5Vuc

Tags: Indonesianama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd