• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Kawasan Setinggan

oleh Ahmad Albab
05/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di kawasan setinggan di Kampung Bakau dekat sini hari ini.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada 2.05 petang dan lapan anggota bersama satu jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila sampai di lokasi kejadian pada pukul 2.14 petang, mangsa didapati dalam keadaan terbaring dan anggota kita berjaya membawa mangsa keluar selepas pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memotong bekalan elektrik di kawasan kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 30 tahun itu terkena renjatan elektrik semasa mengutip besi buruk di kawasan setinggan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada penghujung Julai lalu, seorang anggota bomba turut maut akibat terkena renjatan elektrik ketika memadam kebakaran di kawasan setinggan di Batu 7, Sandakan.

Wayar yang disambung secara haram begitu berleluasa di beberapa kawasan penempatan setinggan di Sabah. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=25YN702KH88

Tags: lelakimaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd