• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencerobohan Bot Pukat Tunda Di Perairan Bintulu Perlu Dihentikan

oleh Ahmad Albab
05/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTULU – Pencerobohan kapal pukat tunda laut dalam di sepanjang perairan pantai Bintulu mesti dihentikan, kata Residen Bintulu Muhammad Yakup Kari.

Beliau berkata ini kerana jaring mereka telah memusnahkan terumbu karang, habitat semula jadi ikan dan hidupan marin yang lain yang membawa kepada pemusnahan alam sekitar.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan aktiviti pembersihan terumbu karang dan pantai LNG (Gas Asli Cecair) Kedua Malaysia Sdn Bhd dan Jabatan Perhutanan Sarawak di Taman Negara Similajau, dekat sini Sabtu.

Projek ini adalah di bawah program Biodiversiti, Alam Sekitar dan pemuliharaan (BEACON) MLNG Sdn Bhd yang dilancarkan pada tahun 2013.

Kira-kira 200 sukarelawan dan 37 penyelam yang diperakui mengambil bahagian dalam aktiviti dua hari yang akan berakhir esok.

(Para penyelam akan mendapatkan jaring besar yang tersangkut pada terumbu karang Patricia di dalam perairan taman itu yang ditinggalkan berikutan kegiatan nelayan pukat tunda haram).

Muhammad Yakup berkata beliau telah berbincang dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing untuk mendapatkan bantuan bagi menamatkan penangkapan ikan secara haram.

Berhubung projek pembersihan terumbu karang dan pantai, beliau berkata pada asasnya ia bertujuan bagi melahirkan kesedaran dalam kalangan orang awam supaya tidak menjadikan laut sebagai tempat pembuangan sampah sarap.

“Kita mahu orang ramai terutama generasi baru supaya menjadikannya sebagai satu usaha berterusan bagi membantu memulihara alam sekitar kita untuk manfaat bersama.

Kita juga mendedahkan kepada para sukarelawan untuk melihat sendiri tahap pencemaran yang disebabkan sikap orang ramai yang membuang sampah merata-rata dan membiarkan mereka melalui sendiri usaha besar-besaran bagi membersihkan alam sekitar daripada pencemaran seperti ini terutama botol-botol plastik,” katanya.

Beliau gembira selepas pembersihan dan pemantauan berkala dijalankan, kini terdapat kelibat penyu hijau di kawasan pantai taman itu dan sekumpulan ikan lumba-lumba berenang berdekatan pinggir laut Bintulu.

Mengenai Taman Negara Samalaju, beliau berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah amat tertarik dengan taman itu apabila baginda melawatnya pada Mac tahun lepas.

“Baginda menasihatkan kami supaya kawasan itu dijaga dengan rapi memandangkan ia satu-satunya taman negara di negara ini yang kita boleh sampai dalam tempoh 20 minit dengan memandu kenderaan dari kawasan bandar,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: botNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd