• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjut Hingga 22 Sept

oleh Ahmad Albab
05/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Fasa ke-26 perintah berkurung di kawasan perairan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan ke Fasa ke-27, bermula 7 hingga 22 Sept berkuatkuasa dari jam 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dengan lanjutan berkenaan, semua pihak tidak dibenarkan memasuki kawasan pada jarak tiga batu nautika dari kawasan pantai di perairan enam daerah di pantai timur Sabah dalam tempoh ditetapkan itu.

“Maklumat mendedahkan terdapat beberapa ancaman KFR (culik untuk wang tebusan) dan kumpulan Abu Sayyaf yang masih cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan seperti penculikan dan samun bersenjata,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Jalaluddin, lanjutan perintah berkurung itu juga dibuat bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk Sabah serta pelancong yang menggunakan kawasan perairan dan daratan di ESSZone.

Katanya lanjutan berkenaan juga bagi memudahkan anggota keselamatan melaksanakan penguatkuasaan, termasuk memantau pergerakan bot yang cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.

Jalaluddin berkata, tindakan itu juga mendapat sokongan pengusaha chalet dan masyarakat yang menjalankan aktiviti perikanan selain menjamin keselamatan perairan termasuk di pulau-pulau persempadanan.

Menurutnya, kuasa telah diberikan kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau bagi laluan yang mendesak. – BERNAMA

 

Tags: EsszoneSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd