• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahasiswa Wajar Tak Bincang Isu Sensitif Secara Terbuka

oleh Ahmad Albab
01/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAUH PUTRA (Arau) – Perkembangan teknologi yang memudahkan segala isu dan perkara dibincangkan secara terbuka bukanlah ‘lesen’ atau alasan untuk golongan mahasiswa khususnya, melanggar kebebasan demokrasi.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah hak dan kebebasan bersuara juga bukan alasan yang membolehkan sesuatu kaum mempersendakan amalan agama kaum lain dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.

“Mutakhir ini, negara diduga dengan pelbagai cabaran berkaitan ekonomi, politik, sosio budaya, jenayah dan perkembangan teknologi menyebabkan isu ini ‘meledak’ dibahaskan secara terbuka,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada majlis taklimat waris sempena pendaftaran mahasiswa baharu sidang akademik 2015/2016 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan Kecemerlangan UniMAP di sini hari ini.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro-Canselor UniMAP.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin dan pegawai-pegawai kanan universiti itu.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP turut menyeru kepada mahasiswa, ibu bapa dan penjaga agar bertanggungjawab apabila memuat naik sebarang status, gambar atau berkongsi artikel yang sensitif dan diragui kesahihannya.

“Jangan sekali-kali melakukan provokasi kerana tindakan sebegini bakal mengundang pergaduhan dan kebencian kaum selain melanggar undang-undang negara,” titah baginda.

Terdahulu, Kamarudin dalam ucapannya berkata pengambilan baharu itu membabitkan 3,129 pelajar iaitu 1,379 lelaki dan 1,750 perempuan manakala pelajar asing pula seramai 170 orang dari 20 negara antaranya Myanmar, Yemen, Thailand, Somalia, Uzbekistan dan Indonesia.

Beliau berkata pelajar-pelajar baharu itu bakal mengikuti 23 program pengajian yang ditawarkan oleh 11 pusat pengajian UniMAP.

Katanya kebolehpasaran graduan UniMAP mencatatkan 86 peratus tahun lepas apabila mereka mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas graduasi. – BERNAMA

Tags: mahasiswa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd