• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puteri Umno Edar 5,000 Jalur Gemilang Kepada Orang Ramai

oleh Ahmad Albab
30/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2015 esok, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pandan mengambil inisiatif mengedarkan 5,000 Jalur Gemilang kepada penduduk sekitar Ampang sebagai usaha menyemarakkan lagi sambutan hari bersejarah itu.

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Zahida Zarik Khan mengetuai program tersebut menerusi kembara konvoi bersama 70 peserta termasuk anggota Puteri UMNO, MCA dan MIC bahagian Pandan serta badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kami bersama-sama menaiki lebih 30 kenderaan berkonvoi ke lima kawasan untuk edarkan Jalur Gemilang iaitu di Pandan Jaya, Pandan Indah, Taman Muda, Kampung Cheras Baru dan Kompleks Muhibah, Ampang.

“Di setiap kawasan itu, kami akan adakan program membaca sajak dan kuiz kepada orang ramai berkenaan Hari Kebangsaan dan kami turut memberikan hadiah kepada mereka,” katanya selepas mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai di sebuah stesen minyak di Pandan Jaya di sini, hari ini.

Turut sama memeriahkan program sehari itu ialah Presiden Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Gabukas) Datuk Mad Aris Mad Yusoff dan Ketua MCA Bahagian Pandan Leong Kok Wee.

Dalam pada itu, Zahida berkata Puteri UMNO mengutuk perhimpunan Bersih 4 yang diadakan di beberapa lokasi sekitar ibu kota sejak semalam.

“Kami mengutuk Bersih 4. Saya rasa mengedarkan bendera ini lebih baik daripada mengumpulkan orang ramai pergi ke perhimpunan haram itu yang mana boleh memudaratkan dan memberi masalah kepada orang sekeliling,” katanya.

Beliau turut menasihatkan golongan muda yang mahu menyertai Bersih 4 hari ini membatalkan hasrat mereka itu sebaliknya mengisi masa terluang yang ada dengan menyertai program berguna sempena Hari Kebangsaan. – BERNAMA

Tags: jalur gemilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

20/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd