• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribut: Lebih 500 Penduduk Padang Besar Bergelap

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Lebih 500 penduduk di Kampung Titi Tampang dan Kampung Guar Medang Gatal di Chuping di sini terpaksa bergelap malam tadi apabila ribut disertai hujan lebat yang melanda kedua-dua kampung itu petang semalam mengakibatkan bekalan elektrik terputus.

Selain kabel elektrik terputus akibat ditimpa sebatang pokok yang tumbang, beberapa buah rumah dan kenderaan termasuk sebuah kereta yang dinaiki tiga beranak turut dihempap sebatang pokok namun mereka terselamat.

Polis Padang Besar yang dihubungi berkata tiada laporan kemalangan akibat bencana itu diterima berikutan hujan ribut hampir setengah jam itu yang bermula kira-kira pukul 5.40 petang.

Menurut jurucakap Tenaga Nasional Berhad Perlis, pasukan bantuan dikerah untuk menyambung semula bekalan elektrik, yang pulih secara berperingkat mulai pukul 2 pagi ini.

Tinjauan Bernama mendapati sebatang pokok jati yang tumbang di jalan Padang Besar-Kangar menghalang laluan kedua-dua arah, dipotong dan dibersihkan oleh anggota Jabatan Perkhidmatan Awam dan tugas itu selesai kira-kira pukul 7 malam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perlis dengan lapan anggotanya turut memberi bantuan. – BERNAMA

 

Tags: Perlisribut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

22/09/2026
0

KANGAR, PERLIS — The Five-Nation Stamp Exhibition Perlis, Malaysia 2026 will be held from 25th to 27th September 2026 at...

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  IPOH, 20 Jun 2026 — Sebanyak 248 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan hujan lebat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd