• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempe, Tauhu Turut Terjejas Di Indonesia

oleh Ahmad Albab
27/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kejatuhan nilai rupiah yang kini mencecah paras Rp14,000 bagi AS$1 mula menimbulkan keresahan dalam kalangan peniaga di Indonesia.

Bukan sahaja perusahaan besar, tetapi peniaga kecil juga mula terasa kesan kejatuhan rupiah, termasuk pengeluar tempe dan tauhu.

Ketua Himpunan Pengusaha Pribumi Indonesia, Sarman Simanjorang berkata, pengeluar tauhu dan tempe mula berasa bimbang kerana bahan utama barangan itu, kacang soya diimport dari luar negara.

“Kacang soya adalah bahan utama pengusaha tempe dan tauhu dan kejatuhan rupiah memberi tamparan kepada mereka.

“Kejatuhan rupiah menyebabkan harga kacang soya melonjak,” katanya.
Menurutnya, kenaikan harga kacang soya itu secara tidak langsung mempengaruhi pengeluaran tauhu dan tempe.
“Kenaikan harga kacang soya ini diburukkan lagi dengan kuasa pembeli yang semakin menurun akibat kelembapan ekonomi,” jelasnya.

Bagi menangani masalah itu, Sarman memberi cadangan kepada kerajaan supaya memudahkan syarat memberi pinjaman kepada pengeluar berkenaan.

“Perusahaan kecil adalah kekuatan ekonomi negara seperti ketika krisis ekonomi pada 2008 apabila banyak syarikat besar tumbang tetapi perusahaan kecil terus bertahan,” katanya.

Menurutnya, permintaan kacang soya pada tahun ini berjumlah 2.5 juta tan tetapi pada 2014 Indonesia hanya mengeluarkan sebanyak 1.2 juta tan bahan itu.

Ini menyebabkan pengeluar tempe dan tauhu terpaksa mengimport 62 peratus hingga 70 peratus kacang soya untuk kegunaan mereka. – Agensi/myMetro Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=VTW36UM6W5k

Tags: Indonesiarupiah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd