• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutan Di Malaysia ‘Diratah’ Lebih Besar Dari Denmark

oleh AK-47
30/08/2015
dalam Hangat
1
Share on FacebookShare on Twitter

AKTIVITI ‘pembersihan’ hutan di Malaysia mencatatkan angka tertinggi di dunia di antara tahun 2000 hingga 2012.

Pada tahun 2000 umpamanya, pembersihan keluasan hutan mencecah 14.4 peratus!.

Menurut data peta hutan global yang dibangunkan bersama Google dan diterbitkan oleh news.mongabay.com, kegiatan penebangan hutan yang tidak terancang mengakibatkan keluasan hutan yang ‘ditarah’ adalah pada 47,278 kilometer persegi, (18,244 batu persegi) iaitu keluasan yang melebihi negara Denmark.

Badak Sumbu Sumatera Disahkan Pupus Dari Hutan Malaysia – SILA BACA

Walaupun jumlah pembersihan hutan tetap tinggi, sekitar 25,978 kilometer persegi (16,142 batu persegi) kawasan kembali hijau hasil daripada pemulihan hutan, penanaman semula untuk industri pembalakan dan ladang kelapa sawit.

Namun ladang kelapa sawit tidak dapat mengembalikan biodiversiti semula jadi hutan, menjadi setor karbon atau menyelenggara ekosistem, dan ini menunjukkan Malaysia semakin tenat dalam kehilangan alam semula jadi.

hutan2
Selepas bertahun-tahun kegiatan pembalakan yang tidak terurus dijalankan, Malaysia telah beralih kepada industri sawit di mana hasil kawasan pembalakan yang tidak strategik telah digantikan dengan industri minyak sawit yang kini merupakan salah satu industri terbesar negara.

Kebanyakan kehilangan hutan di Malaysia berlaku di kawasan paling tebal, melebihi 50 peratus iaitu kawasan penyimpanan karbon dan paling kaya dengan kehidupan liar termasuk spesies terancam seperti orang utan, Gajah Kalimantan, badak sumbu Sumatera dan Harimau Bintang.

Pengarah Program Perubahan Iklim dan Penggunaan Tanah, Dan Zarin berkata, kadar kehilangan hutan di Malaysia dalam tempoh dua tahun itu, hampir 50 peratus tinggi berbanding negara kedua tertinggi, iaitu Paraguay (9.6 peratus).

Jumlah kawasan hutan yang dibersihkan berada di kedudukan kesembilan selepas Rusia, Brazil, Amerika Syarikat, Kanada, Indonesia, China Republik Congo dan Australia.

Malaysia berada di kedudukan ke-12 dunia dalam jumlah bersih pengurangan hutan.

Data-data yang dikumpul ini adalah hasil daripada kajian daripada sekumpulan penyelidik di Universiti Marlyland, Google, NASA, USGS, Universiti Dakota, Wood Hole, dan Pertubuhan daripada Gordon & Bety More.

Di mana gambar yang menunjukkan ‘torehan’ di muka bumi Malaysia adalah berdasarkan 650,000 gambar yang ditangkap oleh satelit Landsat NASA dibawah resolusi sejauh 30 meter.-Mynewshub.cc

Oleh: haziqqqqq

Sumber:  Mongabay

Tags: bumihutanMalaysiapokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd