• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Kumpul 750 Kotak Piza Dari Seluruh Dunia

oleh Ahmad Albab
01/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) yang juga peminat tegar makanan piza diiktiraf sebagai pengumpul kotak piza paling banyak di dunia apabila mempunyai koleksi sebanyak 750 kotak piza dari serata benua, lapor Mirror Online kelmarin.

Lelaki itu, Scott Weiner dari New York telah mengumpul kotak piza sejak 15 tahun lalu dan dia juga memiliki satu kotak piza yang dipercayai terbesar di dunia.

Weiner, 32, memiliki koleksi kotak piza dari 45 buah negara di seluruh dunia termasuk satu kotak piza yang ditandatangani oleh legenda pembuat piza terkenal, Ed Hardy.

“Saya tidak pernah jemu dan bosan untuk merasai setiap jenis piza dan mampu memakan sehingga 15 keping piza pada setiap minggu,” katanya.

Ujarnya, kotak piza dari Brazil, Itali dan India mempunyai corak yang paling unik dan menarik.

Weiner turut memiliki sebuah kotak pizza paling besar di dunia bersaiz 137 sentimeter persegi yang dibeli pada harga AS$200 (RM654).

“Saya turut menerbitkan sebuah buku yang menceritakan tentang sejarah semua kotak piza ini dan saya juga merancang untuk membawa kira-kira 100 kotak piza saya untuk dipamerkan dalam satu pameran di London, Britain pada musim sejuk nanti,” jelasnya. – Agensi

Tags: lelakiRekod
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

Rekod Diperbaharui: JDT Catat 105 Perlawanan Tanpa Kalah Liga Super

Rekod Diperbaharui: JDT Catat 105 Perlawanan Tanpa Kalah Liga Super

12/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Dominasi Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Liga Super Malaysia terus mencipta sejarah apabila skuad Harimau Selatan berjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd