• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAS Pantau Rapi Kualiti Udara Dan Keadaan Jerebu

oleh Ahmad Albab
24/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang memantau dengan rapi status serta trend kualiti udara setiap jam berikutan keadaan jerebu yang masih tidak menentu dengan titik-titik panas masih dikesan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata keadaan itu boleh menyebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan berterusan sehingga ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata kemerosotan kualiti udara dengan keadaan sedikit berjerebu yang dialami di beberapa kawasan di Sarawak ketika ini berpunca daripada kejadian jerebu merentas sempadan dari Kalimantan Barat, Indonesia.

Menurutnya peta jerebu serantau dikeluarkan Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) dua hari lepas menunjukkan lingkaran jerebu sederhana berpunca daripada kawasan kebakaran tanah dan hutan di Sumatera Tengah dan Selatan serta Kalimantan Barat, Indonesia.

“Sementara itu tiga titik panas dikesan dalam negara iaitu satu di Pahang, dan dua di Sabah. Semua titik panas yang dikesan dalam negara akan disiasat dan diambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan media di Portal Rasmi JAS semalam.

Wan Junaidi berkata Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka di seluruh negara telah diaktifkan sejak Februari lepas, yang meliputi aktiviti rondaan darat bagi tujuan pemantauan, mengeluarkan surat arahan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya sentiasa mengawal rapi kawasan pentadbiran masing-masing, meningkatkan kempen kesedaran untuk orang ramai, dan sebagainya.

Beliau berkata 2,835 kes pembakaran terbuka dikesan di seluruh negara dalam tempoh antara Januari dan 12 Julai lalu, dan 507 daripadanya membabitkan kawasan hutan, kawasan pertanian (1,048 kes), kawasan industri (19 kes), kawasan pembinaan (50 kes), tapak pelupusan sampah (75 kes), kawasan belukar (562 kes)dan lain-lain pembakaran terbuka kecil (574).

“Untuk tindakan penguatkuasaan bagi tempoh yang sama, 172 kes pembakaran terbuka dikenakan tindakan kompaun dan 46 kes dikeluarkan Notis Amaran. Selain itu 16 kes pembakaran terbuka telah disediakan kertas siasatan untuk diambil tindakan mahkamah,” katanya.

Katanya tindakan penguatkuasaan lebih tegas terus diambil sehingga boleh membawa kepada penangkapan mana-mana individu yang dipercayai melakukan kesalahan di bawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

Beliau berkata mengikut Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh didenda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, selain kompaun maksimum RM2,000 yang boleh dikenakan atas setiap kesalahan. – BERNAMA

Tags: JASJerebu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

22/06/2024
0

Alor Setar : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan 40 beg jumbo yang disyaki mengandungi bahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd