• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOSTI Cadang Wujudkan Bandar Angkasa Dalam Tempoh 5 Tahun

oleh Ahmad Albab
21/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) bercadang mewujudkan sebuah bandar angkasa di negara ini bagi mendalami kajian dalam bidang aeroangkasa, dalam tempoh lima tahun.

Timbalan menterinya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata MOSTI sudah mengenal pasti kawasan untuk dijadikan bandar angkasa itu.

“Tempat sudah ada… daripada segi kemudahan, kepadatan penduduk, kedudukan latitud, sangat sesuai untuk letak roket, jadi di situ akan ada bandar angkasa.

“Di bandar angkasa ini nanti, kita ada pusat penyelidikan yang menumpukan pada pendidikan angkasa lepas, institusi penyelidikan angkasa lepas dan latihan untuk angkasa lepas.

“Kita juga nak buat satu pelancar roket seperti yang ada di Pusat Angkasa Guiana di French Guiana, Amerika Selatan untuk membolehkan negara di rantau Asia Tenggara menggunakan kemudahan itu bagi tujuan penyelidikan angkasa lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas berakhir Majlis Bacaan Yasin 58 Jam Berterusan Untuk Negara di MRSM Serting, di sini hari ini.

Abu Bakar berkata dengan kewujudan bandar angkasa itu nanti, MOSTI menyasarkan sekurang-kurangnya 70 peratus penyelidikan di negara ini akan menjurus ke arah bidang angkasa lepas.

“Saya nampak penyelidikan di Malaysia akan lebih berfokus dan ini sesuai dengan matlamat negara menjadi negara berpendapatan tinggi dengan mengeluarkan teknologi sendiri.

“Sudah tentu penyelidikan dalam bidang lain mesti diteruskan tetapi untuk menyokong bandar angkasa ini, kita memerlukan banyak penyelidikan baru,” katanya.

Beliau berkata kewujudan bandar angkasa ini dijangka mewujudkan sekurang-kurangya 10,000 peluang pekerjaan dengan 40 peratus daripadanya terdiri daripada golongan professional.

Dalam perkembangan lain, Abu Bakar berkata MOSTI telah membelanjakan sebanyak RM928 juta dalam bidang penyelidikan dan pembangunan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Sementara itu, program bacaan Yasin itu merupakan acara julung kali diadakan di MRSM Serting bersempena dengan 58 tahun kemerdekaan Malaysia.

Program ini disertai 308 peserta terdiri daripada pelajar, guru dan staf sokongan.

Dalam program itu, peserta memulakan bacaan Yasin tanpa henti selama 58 jam bermula pada jam 12.01 tengah malam 19 Ogos dan berakhir pada hari ini jam 10 pagi, sambil dipantau wakil Malaysia Books of Records. – BERNAMA

Tags: Mosti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MOSTI Diberi Tempoh 2 Minggu Siapkan Akses Penuntut IPT – PM

MOSTI Diberi Tempoh 2 Minggu Siapkan Akses Penuntut IPT – PM

10/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyiapkan...

Geely Dan DC-Sciences Labur RM32.5 Bilion Di Malaysia – MOSTI

Geely Dan DC-Sciences Labur RM32.5 Bilion Di Malaysia – MOSTI

06/04/2023
0

PUTRAJAYA – Lebih RM32.5 bilion nilai pelaburan berjaya diraih Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) susulan lawatan rasmi Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd