• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kembara Kebajikan Bakal Jelajah Negara ASEAN

oleh Ahmad Albab
21/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Kerajaan bercadang untuk meluaskan kawasan program Kembara Kebajikan ke negara-negara ASEAN dengan fokus utama memberi bantuan kemasyarakatan kepada mangsa pasca bencana.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata antara negara ASEAN dikenal pasti berpotensi dilaksanakan program tersebut ialah negara Thailand, Brunei dan Indonesia kerana kedudukan geografi berhampiran dengan Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

“Berbeza dengan Peace Corp dari Amerika Syarikat yang berteraskan pendidikan iaitu mengajar Bahasa Inggeris, Kembara Kebajikan lebih kepada aktiviti kemasyarakatan dan bantuan kepada pelanggan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rohani berkata jika ia berjaya dilaksanakan program tersebut dapat menaikkan imej positif Malaysia dalam kalangan negara ASEAN terutama sekali dalam aktiviti sukarelawan kebajikan.

Terdahulu Rohani melepaskan peserta Kembara Kebajikan Bahagian Miri 2015 bermula hari ini hingga 23 Ogos, melibatkan lebih 100 peserta sukarelawan JKM dan penjawat awam dari pelbagai agensi kerajaan di sini.

“Ini satu cabaran buat sukarelawan JKM yang terlibat dalam program Kembara Kebajikan, dan kerajaan sedia memberi sokongan jika sukarelawan mampu melakukan aktiviti kemasyarakat ke luar negara,” katanya.

Rohani berkata buat masa ini tiada tempoh sasaran ditetapkan untuk program tersebut diperluaskan ke negara ASEAN kerana fokus utama sekarang ialah untuk memantapkan kualiti perkhidmatan program Kembara Kebajikan di dalam negara.

“Tahun depan kerajaan akan menganjurkan Kembara Kebangsaan, peringkat kebangsaan dengan tempoh pelaksanaan dalam sebulan melibatkan semua negeri,” katanya.

Beliau berkata sejak mula dilaksanakan pada tahun lepas, ia mendapat sambutan yang positif sehingga diiktiraf sebagai program berimpak tinggi dengan pelaksanaan diadakan setiap dua tahun sekali.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa program Kembara Kebajikan ialah gotong-royong dan membantu komuniti warga emas serta Orang Kelainan Upaya (OKU),” katanya lagi. – BERNAMA

Tags: ASEANRohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd