• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Selangor Mahu Mansuhkan Pemberian Air Percuma?

oleh Ahmad Albab
20/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menyokong cadangan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengkaji semula pemberian air percuma 20 meter padu pertama untuk semua pengguna air domestik di Selangor.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, jumlah kos yang ditanggung oleh kerajaan Selangor bagi melaksanakan skim pemberian air percuma itu mencecah RM120 juta setahun sejak ia dimulakan pada Julai 2008.

“Bagi pihak saya, skim ini tidak mencapai matlamat atau sasaran kerana golongan miskin yang amat memerlukan bantuan ini seolah-olah tidak diutamakan apabila golongan kaya juga menikmati faedah yang sama.

“Ini kerana masih terdapat rungutan rakyat miskin yang tidak mendapat manfaat daripada skim ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rozali berkata, jumlah kos yang tinggi yang ditanggung oleh kerajaan Selangor bagi melaksanakan skim air percuma itu boleh disalurkan untuk membiayai lain-lain kemudahan bagi tujuan meringankan beban sara hidup golongan miskin rakyat negeri itu.

“Pada saya, apa-apa perkara yang tidak mencapai sasaran di dalam manifesto boleh diubah atau dipinda demi kepentingan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau turut menyatakan sokongan ke atas usaha kerajaan Selangor untuk mengkaji semula struktur tarif air yang sedia ada dengan mengambil kira kos operasi pemprosesan dan pengagihan air terawat yang meningkat setiap tahun.

“Pada masa ini, pelarasan tarif air yang baharu telah dilaksanakan di beberapa negeri lain di Malaysia iaitu Kedah, Sabah dan Pulau Pinang dan yang terkini adalah Johor.

“Oleh itu, adalah amat wajar bagi tarif air di Selangor dikaji semula bagi mengekalkan dan mempertingkatkan tahap kualiti perkhidmatan bekalan air terawat kepada pengguna,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/GyuQpUvVt_I

Tags: Azmin AliKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd