• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tunai Hasrat Isteri, Tanam 400 Ekar Bunga Matahari

oleh AK-47
25/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

babbettes-seeds-hope-cancer-sunflower-four-miles-8

SEORANG lelaki ini telah merealisasikan impian mendiang isterinya yang mati akibat penyakit kanser dengan menghasilkan ladang bunga matahari seluas 400 ekar di Eau Claire, Winsconsin.

Babbette Jaquish yang mati pada November tahun lalu sangat gemarkan bunga matahari sehingga digelar sebagai ‘Wanita Bunga Matahari’ oleh penduduk di tempatnya.

babbettes-seeds-hope-cancer-sunflower-four-miles-13

Wanita ini bercita-cita untuk menghasilkan ladang bunga matahari dan menjual benihnya dan menyumbangkan hasil jualan itu kepada pusat penyelidikan penyakit kanser.

Walaubagaimanapun, hasrat murninya tidak kesampaian kerana Babbette tewas dalam pertarungannya melawan penyakit pembunuh itu pada usia 66 tahun.

Justeru itu, demi melaksanakan impian wanita itu, suaminya, Don Jaquish telah mengambil alih cita-cita isterinya itu dan jadikannya satu realiti.

babbettes-seeds-hope-cancer-sunflower-four-miles-14

babbettes-seeds-hope-cancer-sunflower-four-miles-12

Don telah menanam bunga matahari seluas 400 ekar di sepanjang lebuh raya 85 Winsconsi di Eau Claire sekali gus berjaya membuka syarikat yang bernama Babbette’s Seed Of Hopes.

Menurut Don, dia sangat bertuah kerana memiliki Babbette sebagai isterinya. Babbette mempunyai hati yang suci dan murni. Dia tahu kepentingan kajian untuk percubaan secara klinikal.

babbettes-seeds-hope-cancer-sunflower-four-miles-5

babbettes-seeds-hope-cancer-sunflower-four-miles-15

“Semua orang yang bertemu dengan Babbette akan jatuh cinta padanya. Saya sangat bertuah kerana menjadi lelaki yang dia cintakan,” kata Don kepada sumber.

Semoga apa yang telah diusahakan oleh Don untuk mendiang isteri kesayangannya itu mendapat faedah serta pulangan yang baik serta mencapai misi utama cita-cita mereka. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Tags: kanserlelakiSuami IsteriWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pramugara Popular Hafeez Al Bukhary Meninggal Dunia Selepas Bertarung Kanser Tahap Empat

Pramugara Popular Hafeez Al Bukhary Meninggal Dunia Selepas Bertarung Kanser Tahap Empat

02/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  SHAH ALAM – Pramugara Malaysia Airlines yang dikenali ramai di media sosial, Hafeez Al Bukhary Zulkefly, meninggal dunia...

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd