• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Akui Kempen Penjimatan Air Gagal Capai Objektif

oleh Ahmad Albab
20/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor mengakui kempen-kempen kesedaran berhubung langkah penjimatan air yang dilancarkan sejak tahun lepas gagal mencapai objektif ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata statistik kerajaan negeri menunjukkan purata seorang rakyat Selangor menggunakan 235 hingga 250 liter air sehari.

Beliau berkata, jika purata penggunaan air bersih sehingga 250 liter seorang sehari itu berlarutan, ia akan menyebabkan 880 juta liter air dibazirkan begitu sahaja sehingga tahun 2020 kelak.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri telah mengadakan pertemuan dengan agensi-agensi kerajaan untuk mengenal pasti kempen yang sesuai dan merangka perancangan komprehensif bagi mengatasi permasalahan itu.

“Kita bersedia mengadakan kempen-kempen baharu yang komprehensif dan dijangka dilancarkan pada November ini namun bergantung kepada keadaan semasa kerana ketika itu musim tengkujuh, maka kita akan berbincang kesesuaian pelancarannya,” katanya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Zaidy menjawab soalan tambahan Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) yang ingin mengetahui perkembangan kempen penjimatan air yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, menjawab soalan lisan Khasim Abdul Aziz (PAS-Lembah Jaya) mengenai jaminan kerajaan negeri supaya bekalan air tidak terputus atau dicatu, Zaidy berkata syarikat perunding telah dilantik bagi mengenal pasti sumber-sumber air baharu.

“Perunding itu akan mengkaji sumber air, permintaan dan penawaran untuk dijadikan rangka tindakan bekalan air bagi mengenal pasti sumber air baharu pada masa hadapan,” katanya.

Beliau juga berkata sambungan antara loji rawatan air di seluruh negeri itu juga diwujudkan sebagai bantuan untuk menyalurkan bekalan kepada kawasan tertentu yang mengalami gangguan bekalan air. – BERNAMA

Tags: bekalan airKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dipenjara Sehari, Denda RM12,750 Akibat Terima Rasuah

Next Post

PMSP Desak SKMM Sekat Lawan Sesawang Malaysiakini

Related Posts

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

Sanusi Diarah Bayar RM120,000 Kepada Mahfuz

Bekalan Air Di Manjung, Perak Tengah Pulih 50 Peratus Esok

03/04/2023
0

PARIT: Bekalan air bagi 79,360 akaun pengguna di daerah Perak Tengah dan Manjung bakal pulih 50 peratus menjelang esok. Ikuti...

Next Post

PMSP Desak SKMM Sekat Lawan Sesawang Malaysiakini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd