• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Percubaan SPM Bukan Untuk Kursus Jangka Panjang

oleh Ahmad Albab
30/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan tidak pernah membenarkan mana-mana institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menawarkan kursus jangka panjang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata keputusan peperiksaan percubaan SPM itu hanya boleh diguna untuk kursus jangka pendek seperti muzik dan Bahasa Inggeris.

“Kementerian tidak pernah halang IPTS guna keputusan peperiksaan percubaan itu untuk kursus jangka pendek,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sekolah SONO Pusat Perubatan Universiti Malaya-Samsung (UMMC-Samsung SONO School) di pusat perubatan itu di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai rungutan ibu bapa berhubung tindakan kementerian yang melarang penggunaan keputusan peperiksaan percubaan SPM untuk mengikuti program pra-universiti dan asasi di IPTS bermula 2015.

Idris berkata rasional melarang IPTS menggunakan keputusan percubaan SPM adalah untuk memastikan kursus yang ditawarkan berkualiti serta mematuhi piawaian ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Ini penting kerana kita mahukan IPTS dan kursus yang ditawarkan mempratik amalan terbaik, kerana MQA ini berkolaborasi dengan agensi berkaitan di seluruh dunia,” kata Idris.

Menjelas lanjut, beliau berkata surat peringatan mengenai perkara itu telah dikeluarkan kepada semua IPTS pada 23 Mei lepas, sekali gus menafikan dakwaan segelitir pihak bahawa kementerian telah membuat keputusan secara terburu-buru berhubung isu berkenaan.

“Ia bukan kejutan atau perkara baharu kepada IPTS kerana mereka sudah tahu lebih awal dan sangat faham tentang larangan menggunakan keputusan percubaan peperiksaan SPM untuk kursus jangka panjang.

“Saya tak faham kenapa perlu ada polemik dalam isu ini,” tegasnya.

Mengenai UMMC-Samsung SONO School, Idris berkata ia merupakan satu contoh kerjasama terbaik antara pihak industri dengan universiti bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam pasaran kerja.

“Mereka yang ada di dalam industri mempunyai lebih banyak pengetahuan berbanding pihak universiti termasuk daripada segi keperluan.

Perkembangan teknologi telah menyebabkan ada rasional universiti mencipta jalinan kerjasama dengan industri supaya tidak ketinggalan dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa,” kata menteri itu.

Idris berharap konsep pembelajaran di universiti dapat dikaji semula dengan menekankan kepada pendekatan “dua campur dua” iaitu dua tahun pengajian di IPT dan dua tahun lagi bagi latihan dalam industri.

Ini bagi memastikan apabila pelajar menamatkan pengajian, mereka mempunyai daya saing yang relevan dan memenuhi keperluan pasaran kerja sama ada dalam atau luar negara, katanya. – BERNAMA

Tags: Idris JusohSPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang calon pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok sehari sebelum peperiksaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd