• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Tianjin: Angka Korban Meningkat Kepada 112 Orang

oleh AK-47
19/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANGKA kematian akibat letupan kuat di bandar pelabuhan Tianjin meningkat kepada 112 orang dan 95 lagi anggota bomba dilaporkan masih belum ditemui setakat hari ini, lapor agensi berita CNN.

Jumlah mangsa kecederan pula meningkat kepada 720 orang serta 71 daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Propaganda Tianjin, Gong Jiansheng, berkata kesemua identiti mangsa akan dikenal pasti termasuk anggota bomba yang terkorban dalam operasi memadam kebakaran.

“Pada jam 9:00 pagi (0100 GMT) pada 16 Ogos, jumlah kematian adalah 112,” kata Gong Jiansheng, memberitahu sidang akhbar.

“Kami telah mengenal pasti 24 mayat, dan kira-kira 88 lagi mayat akan dikenal pasti serta sekurang-kurangnya 21 anggota bomba adalah antara mangsa maut,” katanya.

Pihak berkuasa mula memindahkan penduduk di sekitar kawasan letupan besar di bandar pelabuhan ini berikutan kebimbangan pencemaran daripada gas beracun.

Menurut info pusat gempa China, kejadian letupan mega pada Rabu itu menyamai kadar skala penggunaan 21 tan metrik bom atau gempa dengan magnitud 2.9.

Pegawai bertungkus lumus untuk mengenal pasti bahan-bahan asing yang terdapat di tempat kejadian, menimbulkan kebimbangan dan keraguan di kalangan penduduk di Tianjin, yang mempunyai penduduk sebanyak 15 juta. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=rM9jN7z6Lxs

Tags: kematianletupanluar negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd