• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Fit Malaysia Sebagai Budaya – Khairy

oleh Ahmad Albab
15/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Program Fit Malaysia diharap mampu dijadikan budaya dalam kalangan anak muda secara berterusan ke arah mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti kencing manis dan obesiti.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata program yang diadakan secara besar-besaran di seluruh negara bagi mewujudkan sebuah Negara Bersukan itu bukan sahaja memberi pendedahan mengenai kecergasan tetapi juga soal pemakanan sihat.

“Ia banyak kepada pendidikan, penerangan dan pendedahan supaya mereka fahami soal nutrisi, soal kandungan makanan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fit Malaysia Kedah yang disertai hampir 20,000 orang di sini hari ini.

Aktiviti dalam program Fit Malaysia tidak memerlukan kemudahan atau peralatan khusus, mudah dipelajari serta boleh dilakukan pada bila-bila masa secara berseorangan atau berkumpulan seperti kayuhan dan larian.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kesedaran pendidikan mengenai kesihatan dalam kalangan anak muda perlu diterapkan bagi mencegah penyakit berbahaya.

“Setiap tahun kita berhadapan dengan satu persoalan berapa banyak kita belanja nak bina hospital, saya fikir lebih baik kita guna duit itu untuk tingkat kesedaran anak muda mengenai kesihatan,” katanya.

Beliau berkata Kedah merupakan antara negeri tertinggi menghidap penyakit kencing manis di negara ini.

Pada Mac lepas, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata seorang daripada empat rakyat di Kedah disahkan menghidap diabetes yang kadarnya lebih tinggi berbanding kadar kebangsaan. – BERNAMA

 

Tags: Fit MalaysiaKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd