• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Sedia Hantar Pasukan DIV Ke Pulau Reunion

oleh Ahmad Albab
11/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) siap sedia untuk menghantar pasukan pengecaman mangsa bencana (DIV) ke Pulau Reunion bagi membantu siasatan berhubung insiden penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Kami siap sedia untuk bergerak sebaik saja kami mengetahui di mana pesawat berada. Apa yang penting sekarang kita menunggu laporan selanjutnya daripada penyelidik; semua pihak yang menjalankan pencarian,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Malam Mesra Sempena Kejohanan Golf Ketua Polis Negara 2015, di sini malam ini.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari imbasan radar pada 8 Mac 2014.

Pada 6 Ogos lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370 yang hilang lebih 17 bulan lalu.

Khalid berkata pihaknya turut mengalu-alukan mana-mana negara termasuk China yang berhasrat untuk bekerjasama dengan PDRM dalam usaha menjalankan siasatan. – BERNAMA

Tags: MH370PDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd