• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemboja Tagih Kepakaran Tabung Haji

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Keberkesanan Tabung Haji menguruskan jemaah haji Malaysia kini ditagih kerajaan Kemboja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja Datuk Othsman Hassan.

Beliau berkata hasrat tersebut diajukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memperhalusinya.

Katanya walaupun Kemboja bukan sebuah negara Islam tetapi Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen memberi kebebasan kepada beliau untuk memilih agensi yang berkeupayaan dalam urusan haji.

“Saya dapati Tabung Haji merupakan sebuah agensi yang terbaik di rantau Asean yang boleh membantu menyediakan kemahiran yang diperlukan kami dalam menguruskan jemaah haji,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas bertemu dengan 98 jemaah haji Kemboja yang terkandas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak Khamis lepas, Othsman berkata masalah yang dihadapi jemaah itu menyebabkan kepakaran Malaysia amat diperlukan agar kejadian serupa tidak berulang.

Katanya jika pengurusan haji negara itu tidak disusun semula, beliau bimbang masalah seperti itu akan terus berlaku dan akan menjadi lebih rumit contohnya jika kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji ke atas negara itu.

Othsman berkata beliau akan berhubung dengan Jamil Khir dan Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi memastikan pengurusan jemaah haji Kemboja lebih teratur seperti Malaysia.

“Antara kerjasama yang disebut Najib termasuk menyediakan latihan teknikal dan pengendalian jemaah,” katanya.

Arab Saudi sebelum ini dilaporkan memuji jemaah haji Malaysia selain mahu cara pengurusan Tabung Haji diteladani negara Islam lain. – BERNAMA

Tags: Tabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd