• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran Trafik Ibu Kota Sempena KL City Grand Prix 2015 Lancar

oleh Ahmad Albab
07/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan trafik di beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar sempena acara perlumbaan KL City Grand Prix 2015 yang bermula hari ini sehingga Ahad dilapor lancar sehingga 11.30 pagi ini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata laluan trafik lancar dari arah Jalan Tun Razak, Lebuhraya Sultan Iskandar, Bulatan Pahang, Jalan Pahang dan Lebuhraya Persekutuan.

“Setakat ini aliran trafik terkawal dan kira-kira 90 pegawai termasuk anggota ditempatkan sekitar bandar raya bagi memastikan kelancaran lalu lintas sempena acara perlumbaan itu berlangsung,” katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.

Hari ini lima jalan utama sekitar ibu kota ditutup bermula 6 pagi sehingga 6 petang sempena acara itu.

Lima jalan terlibat ialah Jalan Ampang ke KLCC, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee. – BERNAMA

 

Tags: Grand Prix KLjalan tutup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Jalan, Jambatan Pulau Pinang Ditutup Ahad Ini

Beberapa Jalan, Jambatan Pulau Pinang Ditutup Ahad Ini

02/01/2023
2

GEORGETOWN : Beberapa jalan termasuk Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditutup sementara secara berperingkat...

Beberapa Laluan Di Persiaran Karpal Singh Ditutup Sabtu Ini

Beberapa Laluan Di Persiaran Karpal Singh Ditutup Sabtu Ini

15/09/2022
0

GEORGE TOWN : Beberapa laluan di sekitar Persiaran Karpal Singh di sini akan ditutup Sabtu ini bagi memberi laluan sempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd