• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beberapa Laluan Di Persiaran Karpal Singh Ditutup Sabtu Ini

oleh Mohd Arshad
15/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Beberapa Laluan Di Persiaran Karpal Singh Ditutup Sabtu Ini
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN : Beberapa laluan di sekitar Persiaran Karpal Singh di sini akan ditutup Sabtu ini bagi memberi laluan sempena Program Penang Yosakoi 2022 yang akan diadakan di Persiaran Karpal Singh.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, penutupan beberapa laluan yang telah dikenal pasti itu bertujuan melancarkan aliran trafik dan mengawal lalu lintas sepanjang program tersebut.

“Jalan yang terlibat akan ditutup bermula Sabtu ini pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam.

“Di Lebuh Sungai Pinang laluan masuk akan ditutup, hanya laluan keluar sahaja yang dibenarkan melalui jalan tersebut yang mana tiada kenderaan baharu dibenarkan memasuki Lebuh Sungai Pinang untuk ke Persiaran Karpal Singh selepas pukul 8 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Soffian, selain itu laluan dari Venzy Tea ke Lebuh Sungai Pinang 6 turut ditutup kepada kenderaan umum.

Jelas beliau, laluan itu hanya dibuka untuk kenderaan kenamaan seperti Ketua Menteri, Konsul Jenaral serta lain-lain kenamaan dan mereka yang mempunyai akses sahaja dibenarkan meletakkan kenderaan di situ.

Tambahnya, bagi laluan di kedai 28 menuju ke Persiaran Karpal Singh pula, tiada kenderaan dibenarkan masuk bermula pukul 8 pagi dan laluan hanya digunakan untuk kenderaan keluar sahaja.

“Laluan ini akan ditutup sepenuhnya pada pukul 5 petang bagi tujuan perarakan dan akan dibuka kembali kepada umum pada pukul 11 malam.

“Hanya kenderaan untuk pekerja dan mereka yang mempunyai pas khas dibenarkan untuk memasuki kawasan ini bagi tujuan parkir,” katanya.

Dalam pada itu, Soffian berkata, sebagai satu usaha pihak polis dalam memastikan kemudahan bagi setiap pengunjung yang hadir, para pengunjung disarankan meletakkan kenderaan di tempat yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu di Wesley Methodist School, Jalan Perusahaan Jelutong dan Fisherman’s Wharf.

-Utusan Online

Tags: jalan tutupPersiaran Karpal Singh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Jalan, Jambatan Pulau Pinang Ditutup Ahad Ini

Beberapa Jalan, Jambatan Pulau Pinang Ditutup Ahad Ini

02/01/2023
2

GEORGETOWN : Beberapa jalan termasuk Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditutup sementara secara berperingkat...

Laluan Jalan Klang-Sabak Bernam Ditutup Kepada Semua Kenderaan

11/01/2022
0

KUALA SELANGOR - Jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang di Seksyen 484.6,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd