Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Misi Tawan Semula Mosul...

WASHINGTON - Operasi bagi menawan semula bandaraya kedua terbesar Iraq daripada militan IS...

Malaysia Unjur KDNK Berkembang...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang antara 5.2...

Dua Lelaki Rusia Usung...

PENUMPANG tren di Rusia dikejutkan dengan kelibat dua lelaki yang memasuki tren tersebut...

Pemuda Maut Motosikal Terbabas

KOTA TINGGI - Seorang pemuda maut apabila motosikalnya terbabas di Jalan Besar Sungai...

Aliran Trafik Ibu Kota Sempena KL City Grand Prix 2015 Lancar

KUALA LUMPUR – Keadaan trafik di beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar sempena acara perlumbaan KL City Grand Prix 2015 yang bermula hari ini sehingga Ahad dilapor lancar sehingga 11.30 pagi ini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata laluan trafik lancar dari arah Jalan Tun Razak, Lebuhraya Sultan Iskandar, Bulatan Pahang, Jalan Pahang dan Lebuhraya Persekutuan.

“Setakat ini aliran trafik terkawal dan kira-kira 90 pegawai termasuk anggota ditempatkan sekitar bandar raya bagi memastikan kelancaran lalu lintas sempena acara perlumbaan itu berlangsung,” katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.

Hari ini lima jalan utama sekitar ibu kota ditutup bermula 6 pagi sehingga 6 petang sempena acara itu.


Lima jalan terlibat ialah Jalan Ampang ke KLCC, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori