• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saudi Tahan Imam Mahdi Indonesia Amal Syirik

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Indonesia berharap jemaah umrah negara itu yang ditahan akan dibebaskan tidak lama lagi dan cuba memujuk pihak berkuasa Arab Saudi bahawa rakyat mereka tidak bersalah, menurut akhbar Arab News.

Seramai 11 jemaah dari Indonesia yang tiba di Makkah untuk menunaikan ibadah umrah, terpaksa ditahan atas tuduhan cuba mengamalkan ajaran syirik dan melakukan solat sunat Aidilfitri hanya pada 18 Julai lalu.

Tindakan kumpulan itu menyambut Hari Raya Puasa sehari selepas tarikh rasmi ditetapkan Arab Saudi pada 17 Julai, menurut setiausaha informasi Konsul Indonesia di Jeddah, Syarif Shahab ketika memberitahu Arab News.

“Pihak konsulat sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk segera membebaskan rakyat Indonesia dan kami berharap bahawa mereka akan dibebaskan tidak berapa lama lagi,” kata beliau pada Isnin.

Syarif mendedahkan kepada Arab News bahawa mereka ditahan kerana mengamalkan kegiatan dan upacara keagamaan yang tidak betul dengan salah seorang ditahan itu dikenali sebagai Zubir Amir Abdullah, 47 tahun.

Dia disyaki merupakan pengasas kumpulan agama dikenali Himpunan Pemuda Sinar Syahid (Himpass) dan mendakwa dirinya sebagai ‘Imam Mahdi’ atau penyelamat dunia akhir zaman menurut fahaman umat Islam.

Semua rakyat Indonesia yang ditahan, merupakan para pengikut kumpulan Himpass namun Zubir menegaskan dia tidak pernah mendakwa menjadi Mahdi sebaliknya para pengikut itu yang menganggapnya sedemikian.

Pengarah Kementerian Luar Indonesia untuk bantuan guaman dan perlindungan rakyat Indonesia di luar negara, Lalu Muhammad Iqbal berkata, pemerintah berjaya mencapai satu kejayaan dalam membebaskan rakyat mereka.

“Pengikut kumpulan Himpass itu sudah ditahan selama 16 hari atas tuduhan ‘syirik’ dan kes ini jelas boleh diselesaikan kerana Zubir menegaskan dia sendiri tidak pernah mendakwa dirinya sebagai ‘Mahdi’,” kata Iqbal.

“Penggunaan perkataan itu hanya merujuk kepada pilihan perkataan dan tidak merujuk kepada ‘Mahdi’ yang disebut dalam hadis sahih Rasulullah SAW,” tambah beliau kepada pihak media tempatan di Jakarta pada Isnin.

Iqbal menekankan lagi bahawa kenyataan baru-baru ini yang diperoleh daripada tahanan akan digunakan sebagai maklumat asas untuk pemerintah Indonesia menggesa pihak berkuasa Arab Saudi supaya melepaskan mereka.

Namun menurut laporan Arab News beliau berkata: “Kami berharap serta-merta boleh bebaskan 10 jemaah umrah, tetapi tidak termasuk Zubir yang sedang menjalani pemeriksaan psikiatri.” – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: Arab SaudiIndonesiaMakkahumrah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd