• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Wanita Indonesia Bantu Kes Dera 2 Anak Tirinya

oleh Ahmad Albab
04/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang wanita Indonesia ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendera dua kanak-kanak lelaki berusia lima dan lapan tahun di Pangsapuri Jelutong Indah, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata wanita berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya di Jelutong semalam selepas polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada ibu saudara kanak-kanak berkenaan.

“Ibu saudara mangsa berusia 33 tahun dipanggil ke sekolah kanak-kanak itu semalam selepas guru di situ mendapati ada tanda lebam di muka mereka.

“Mangsa dan adiknya memberitahu mereka dipukul ibu tiri mereka menyebabkan ibu saudara kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata pemeriksaan di badan mangsa berusia lapan tahun itu mendapati ada lebam di tepi mata kanan dan kesan luka di kepala serta calar di tangan kanan manakala adiknya mempunyai parut lama di bekalang kepala.

Mior Faridalatrash berkata berdasarkan keterangan dua kanak-kanak itu, mereka memberitahu sering dipukul ibu tiri mereka.

“Terbaru kanak-kanak berusia lapan itu mendakwa dipukul menggunakan lesung batu kerana menghilangkan wang yang diberi wanita berkenaan untuk membeli barang pada Jumaat lepas,” katanya.

Kedua-dua beradik itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Beliau berkata wanita Indonesia itu kini direman sehingga 7 Ogos bagi membantu siasatan. – BERNAMA

 

 

Tags: Kes deraWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd