• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Dipenjara Sehari, Denda RM20,000

oleh Ahmad Albab
03/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh – Seorang anggota polis dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 di Mahkamah Khas Rasuah Ipoh, hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah sebanyak RM4,000 pada 2014.

Konstabel Mohd Azrol Azreen Abu Hasan, 27, yang bertugas di Batalion 2, Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, Kedah, mengaku bersalah menerima secara rasuah suatu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM4,000 daripada Lam Naing Hung, pada jam 2.40 petang di Jalan Persiaran Meru Raya 5, Meru Raya, di sini pada 31 Ogos 2014.

Suapan terbabit adalah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap tiga warga Myanmar kerana tidak mempunyai kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau minimun RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.

Hakim Rihaidah Rafie menjatuhkan hukuman terbabit selepas berpuas hati dengan pengakuan bersalah tertuduh serta rayuannya yang meminta meringankan hukuman kerana perlu menanggung dua isteri yang kedua-duanya sedang sarat mengandung ketika ini.

Mohd Azrol Azreen diwakili peguambela Mohamad Hafiz Jalaludin, manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Afifah Yusof. – myMetro Online

 

Tags: polisrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd