• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Musa, Noh Omar Bakal Isi Kekosongan Dalam PAC?

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM satu laporan terkini sebuah portal, Tan Sri Annuar Musa dikatakan bakal mengisi kekosongan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Sebelum ini, kedudukan tertinggi itu diisi oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed namun beliau terpaksa mengosongkannya selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, 28 Julai lalu.

Dilantik Timb. Menteri, Nur Jazlan Lepas Jawatan Pengerusi PAC

Memetik laporan Malaysia Gazette, Annuar telah dipanggil bagi tujuan pelantikan itu.

Spekulasi tersebut dikuatkan lagi dengan situasi terkini beliau yang sudahpun tamat kontrak sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 17 Julai lalu.

RAFF1869

Sementara itu, Datuk Noh Omar turut disebut-sebut bakal dilantik sebagai anggota PAC bagi mengisi salah satu tempat yang dikosongkan tiga individu sebelum ini.

Seperti Nur Jazlan, ketiga-tiga figura tersebut iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau terpaksa melepaskan jawatan dalam PAC apabila dilantik menjawat jawatan dalam kabinet baru PM.

Jawatankuasa tersebut terpaksa menghentikan sementara prosiding 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya bersambung 4 dan 5 Ogos ini kerana situasi itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR 

Jangan Ada Pihak Ganggu PAC

https://www.youtube.com/watch?v=tRKafD-5sA4

Tags: Annuar MusaNoh OmarPACRombakan Kabinet
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd