• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Enggan Layan Peringatan Presiden PAS

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu enggan melayan amaran daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung tindakan disiplin yang akan diambil ke atas pemimpin dan anggota PAS yang menghadiri siri jelajah gerakan itu ke seluruh negara.

Malah, bekas timbalan presiden PAS itu berkata, beliau yakin amaran itu tidak akan menjejaskan rancangan GHB untuk meraih sokongan meluas rakyat negara ini termasuk penyertaan dari pemimpin serta anggota PAS sendiri.

“Tentang pandangan presiden PAS itu, elok tanya beliaulah, kami tidak terikat dengan pandangan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas siri jelajah GHB ke Besut di Dataran PGU, Jerteh di sini lewat malam tadi.

Turut hadir Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli yang juga bekas Anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang dan Pengerusi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Terengganu Abdul Aziz Abbas selaku tuan rumah.

Baru-baru ini, Abdul Hadi berkata PAS tidak akan teragak-agak untuk merujuk pemimpin dan anggota parti itu yang menghadiri siri jelajah GHB kepada lembaga disiplin parti kerana perkara itu dianggap tindakan negatif terhadap PAS. – BERNAMA

Tags: Mat SabuPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd