• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Rampas 11 Parabola Di Kuala Kurau

oleh Ahmad Albab
31/07/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menahan 11 nelayan dan merampas 11 parabola serta ‘decoder’ yang dipasang di rumah mereka di pesisir pantai Kuala Kurau, Perak Rabu lepas.

Ketua SKMM Wilayah Utara Ismail Othman berkata operasi bersepadu di Kuala Kurau dari pukul 9 pagi hingga 6 petang itu dibuat dengan kerjasama pasukan Polis Marin Wilayah 1.

“Hasil pemeriksaan mendapati 11 rumah di kawasan pesisir Batu Kurau itu menggunakan parabola secara haram bagi mendapatkan lebih banyak siaran televisyen dari luar negara.

“Berikutan operasi itu, kami menahan 11 lelaki berusia antara 30 dan 50 tahun yang merupakan pemilik rumah berkenaan untuk diambil keterangan. Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pasukan Polis Marin Wilayah Utara, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Supt Dimin Awang.

Ismail berkata berdasarkan siasatan, 11 lelaki berkenaan mendapatkan khidmat memasang parabola di rumah mereka daripada pihak tertentu dengan bayaran antara RM200 dan RM600.

Beliau difahamkan parabola itu diperolehi dari negara jiran dan pihaknya sedang menyiasat sama ada ia dipasang oleh sindiket tertentu berikutan saiz dan jenama yang digunakan adalah sama.

Berdasarkan siasatan, 11 penduduk berkenaan memasang parabola itu sejak setahun lepas dan nilai rampasan kesemua parabola berkenaan ialah RM6,000, katanya.

“Operasi bersepadu itu adalah untuk mengelakkan orang ramai daripada menggunakan parabola kerana pemilikannya di Malaysia adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. – BERNAMA

Tags: SKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd